Harian Metro

Urus ikan dalam sangkar

- News@nstp.com.my

 Program Fish-4-Life bantu nelayan tingkat kemahiran tambah hasil pendapatan

Program Fish-4-Life yang memberi pendedahan mengenai kemahiran pengurusan ternakan ikan dalam sangkar diyakini dapat memberikan manfaat kepada 126 nelayan di daerah ini bagi meraih pendapatan lumayan.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, program anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) itu membantu nelayan terbabit meningkatk­an kemahiran serta mempelbaga­ikan bidang perikanan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan di laut.

Katanya, beliau yakin menerusi program itu golongan sasar dapat bertukar idea bagi memperkaya­kan ilmu dalam penternaka­n ikan, sekali gus membantu mereka untuk lebih berdaya saing dan meningkatk­an hasil pendapatan.

“Melalui program anjuran bersama PCSB dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bintulu ini secara tidak langsung menjadi titik tolak kepada perubahan kehidupan nelayan.

“Ia bukan saja membolehka­n golongan itu bergantung kepada tangkapan hasil laut semata-mata, namun dalam masa sama menggalakk­an nelayan lebih berdikari dengan memiliki perusahaan ternakan ikan berkualiti serta mendapat permintaan di pasaran,” katanya selepas merasmikan program itu di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Kanan PCSB Morris Mail, Penolong Pendaftar Kanan Wakil Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB Mohamad Syukri Mohamad Adnan serta Pengerusi PNK Bintulu Jumaat Brahim.

Program itu turut mendapat sokongan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB yang memiliki kepakaran dalam kedua-dua bidang berkenaan.

Talib berkata, nelayan harus bersedia mengubah minda serta pemikiran supaya tidak hanya bergantung kepada hasil laut, tetapi memikirkan alternatif lain bagi menambah pendapatan sekiranya tidak turun ke laut.

Katanya, setiap nelayan perlu memanfaatk­an sebaik-baiknya ilmu diperoleh sepanjang program tiga hari itu bagi membolehka­n mereka mendapat maklumat terkini berkaitan teknologi perikanan dan ternakan ikan.

 ?? FOTO: ERIKA GEORGE ?? TALIB (dua dari kiri) melakukan acara simbolik perasmian Program Fish-4-Life di Bintulu.
FOTO: ERIKA GEORGE TALIB (dua dari kiri) melakukan acara simbolik perasmian Program Fish-4-Life di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia