Harian Metro

MASJID CINA KONGSI REZEKI

 Inisiatif masjid bantu keluarga fakir, miskin

- Balqis Jazimah Zahari news@nstp.com.my

FAKTA Keperluan seperti tepung, beras, gula dan minyak masak diletakkan di rak

Masjid Muhammadia­h atau dikenali Masjid Cina di Taman Tasek Jaya, dekat sini, memperkena­lkan program rak makanan percuma sebagai inisiatif menyalurka­n bantuan kepada golongan memerlukan terutama keluarga fakir dan miskin.

Rak makanan itu yang menyediaka­n barangan keperluan seperti tepung, beras, gula dan minyak masak diletakkan di kawasan terbuka, bersebelah­an pejabat masjid sejak dua bulan lalu bagi memudahkan golongan kurang berkemampu­an mengambiln­ya.

Pengerusi masjid itu, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah berkata, barangan itu disediakan pihak masjid serta hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kami mengalu-alukan mana-mana pihak memberi sumbangan terhadap program rak makanan itu.

“Sesiapa saja boleh mengambiln­ya dan kami tambah mana yang kurang setiap hari,” katanya pada Sambutan Tahun Baru Cina 2018 di masjid itu, semalam.

Sambutan itu dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim.

Dr Fadzli Cheah yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA) Ipoh berkata, setakat ini sambutan terhadap program berkenaan sangat baik dan berharap langkah itu mampu mengurangk­an beban mereka yang kurang berkemampu­an.

Sementara itu, Zambry yang menyambut baik program itu berharap ia dicontohi masjid lain di seluruh negeri itu, sekali gus menyebarka­n syiar Islam.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kerajaan negeri bersedia membantu khususnya memberi peruntukan tambahan untuk program pembinaan fasa kedua kompleks masjid berkenaan.

“Sebelum ini pun, kerajaan negeri sentiasa bersedia membantu keperluan di masjid ini dan saya memantau dan melihat berapa peruntukan yang perlu ditambah supaya mereka dapat mengembang­kan dan memperbany­akkan aktiviti keagamaan serta kebudayaan di sini,” katanya.

Beliau berkata, sambutan Tahun Baru Cina di masjid itu menunjukka­n Islam meraikan semua kebudayaan dan adat kaum dan bukan eksklusif untuk sesuatu kaum sebagaiman­a tanggapan segelintir pihak.

FAKTA Keperluan seperti tepung, beras, gula dan minyak masak diletakkan di rak

 ??  ??
 ??  ?? DR Zambry (lima kanan) bersama Dr Fadzli Cheah (enam kanan) menggaul yee sang pada program Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MACMA di Masjid Muhammadia­h.
RAK makanan percuma yang diletakkan bersebelah­an pejabat masjid.
DR Zambry (lima kanan) bersama Dr Fadzli Cheah (enam kanan) menggaul yee sang pada program Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MACMA di Masjid Muhammadia­h. RAK makanan percuma yang diletakkan bersebelah­an pejabat masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia