Harian Metro

MISTERI HILANG 13 HARI

PENGSAN DEPAN RUMAH NENEK

- Mohamed Farid Noh nesw@nstp.com.my

Misteri kehilangan pegawai Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sejak 13 hari lalu terlerai apabila dia ditemui dalam keadaan telentang dan tidak sedarkan diri di hadapan rumah neneknya di Kampung Bintang, Peserai, dekat sini, jam 4 petang semalam.

Azmee Elias, 36, yang juga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Mahkamah Syariah, Jalan Duta, Kuala Lumpur ditemui bapa saudaranya di hadapan pintu rumah berkenaan, 236 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat iaitu di tempatnya bekerja.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Beliau berkata, isterinya, Natasha Abd Rahim, 30, memaklumka­n kepada polis mengenai penemuan mangsa sebelum suaminya dikejarkan ke HSNI.

“Ketika dijumpai mangsa dalam keadaan telentang di hadapan pintu rumah neneknya serta tidak sedarkan diri.

“Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan mendapatka­n bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan mangsa kini dirawat dan dikawal ketat di HSNI,” katanya.

Kehilangan Azmee sejak 12 Februari lalu mencetuska­n misteri apabila polis gagal menemui petunjuk baru kehilangan­nya.

Pada 17 Februari lalu, polis menemui Perodua Alza milik mangsa yang ditinggalk­an dalam keadaan berkunci di Jalan Jenderam, Dengkil sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Selain itu, usaha pencarian mangsa turut diperluask­an 100 kilometer (km) dari kawasan itu.

Mangsa kali terakhir dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu dengan berpakaian pejabat, baju berwarna gelap serta berseluar kelabu selain berkaca mata.

FAKTA Azmee ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri

 ??  ??
 ??  ?? AZMEE
AZMEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia