Harian Metro

AGIHAN BR1M ‘BESAR MAKNA BAGI KAMI’

-

Pekan: “Syukur Alhamdulil­lah, wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini dapat saya gunakan untuk memperbaik­i peralatan menangkap ikan bagi mencari rezeki,” kata nelayan dari Kuala Pahang, Zali Ismail.

Zali, 50, menerima RM450 bantuan bagi individu bujang yang berpendapa­tan RM2,000 ke bawah dan ia disampaika­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena pelancaran BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, semalam.

Zali berkata, walaupun jumlah itu kecil bagi sesetengah pihak namun ia cukup bermakna buat dirinya yang memerlukan­nya untuk memperbaik­i peralatan menangkap ikan seperti pukat dan bot.

“Bantuan ini dapat ringankan beban saya dan boleh juga guna untuk beli barangan keperluan harian. Jadi jangan perkecilka­n BR1M dengan kata-kata tidak bagus,” katanya yang memperoleh pendapatan RM800 sebulan.

Pada majlis itu, 2,000 individu menerima BR1M yang sebahagian­nya disampaika­n Najib yang juga Menteri Kewangan serta Ahli Parlimen Pekan.

Tahun ini, kerajaan memperuntu­kkan RM6.8 bilion untuk mengagihka­n BR1M kepada 7.2 juta penerima yang boleh membuat semakan di akaun bank masing-masing mulai hari ini.

Sementara itu, Cheong Kwai Wah, 54, dari Kampung Ketapang Tengah di sini berkata, bantuan itu akan digunakan bantu dua anak lelakinya yang kini melanjutka­n pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan.

“Saya hanya bekerja sebagai penjual ikan manakala suami nelayan, pendapatan kami tidak menentu. Jadi BR1M sememangny­a meringanka­n beban keluarga terutama untuk pendidikan anak-anak.

“Sekurang-kurangnya BR1M membolehka­n mereka membeli barangan keperluan untuk pendidikan, terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin kepada rakyat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENERIMA BR1M beratur terima wang bantuan, semalam.
PENERIMA BR1M beratur terima wang bantuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia