Harian Metro

MARAHKAN ISTERI, RUMAH MENTUA DIBAKAR

-

Simunjan: Takut dimarahi ibu bapa kerana mandi sungai, empat kanak-kanak melarikan diri ke hutan di Kampung Telagus, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun itu tidak kembali ke rumah sehingga lewat petang menyebabka­n ahli keluarga kepada seorang daripada mereka membuat laporan di Balai Polis Simunjan, malam kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis berhubung kejadian itu pada 8 pagi semalam sebelum segera menggerakk­an anggota untuk melancarka­n operasi mencari dan menyelamat.

Beliau berkata, operasi itu membabitka­n tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dengan bantuan lima anggota dari BBP Batu Lintang dan dua anggota dari BBP Serian serta BBP Kota Samarahan.

“Ketika semua anggota melaksanak­an operasi pencarian di dalam hutan itu tengah hari tadi (semalam), seorang penduduk kampung menghubung­i ibu kepada seorang daripada kanak-kanak terbabit dan memaklumka­n empat kanak-kanak itu berada di kilang sawit berdekatan kampung mereka.

“Mereka bersembuny­i di sebuah rumah di kilang itu semalaman kerana takut dimarahi keluarga masing-masing selepas mandi di sungai di kampung mereka,” katanya.

Berikutan itu katanya, anggota bomba pergi ke kilang kelapa sawit berkenaan dan mengambil kanak-kanak terbabit sebelum menyerahka­n kepada keluarga masing-masing.

“Semua kanak-kanak itu selamat tanpa sebarang kecederaan dan operasi membabitka­n anggota dari empat BBP itu ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari tadi (semalam),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA kanak-kanak yang melarikan diri selepas takut dimarahi keluarga kerana mandi di sungai di Kampung Telagus, Simunjan ditemui selamat.
ANTARA kanak-kanak yang melarikan diri selepas takut dimarahi keluarga kerana mandi di sungai di Kampung Telagus, Simunjan ditemui selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia