Harian Metro

PAKEJ CINCAI

> “Saya dan isteri terpaksa makan beradab dalam bekas plastik dan dihidangka­n kek kemek. Paling memalukan, makanan untuk tetamu juga tidak mencukupi hingga memaksa kami menempah makanan lain,” kata pengantin baharu, Luqmanul Arif Abdul Karim, 26, yang men

- lapor Norizuan Shamsuddin

“Saya dan isteri terpaksa makan beradab dalam bekas plastik dan dihidangka­n kek kemek sedangkan bayaran untuk katering diselesaik­an sebelum majlis berlangsun­g.

“Paling memalukan, makanan untuk tetamu juga tidak mencukupi hingga memaksa kami menempah makanan lain bagi mengelak tetamu tidak makan,” kata pengantin baru, Luqmanul Arif Abdul Karim, 26, yang mendakwa diperdaya sebuah syarikat perunding perkahwina­n dan khidmat katering yang gagal menyediaka­n pakej ditawar dan dipersetuj­ui bersama walaupun bayaran dilunaskan sebelum majlis perkahwina­nnya dilangsung­kan 4 Februari lalu.

Selain Luqmanul, 15 mangsa lain turut diperdaya syarikat sama yang beroperasi di Sungai Buloh di sini selepas dia memuat naik rasa tidak puas hati mengenai khidmat syarikat berkenaan di Facebook (FB).

Berikutan itu, masing-masing yang mengetahui ‘auta’ syarikat berkenaan kemudian berpakat membuat satu laporan polis di Balai Polis Kepong, di sini, semalam.

Menurut Luqmanul, dia mula berurusan dengan syarikat itu selepas melihat tawaran pakej perkahwina­n yang dimuat naik syarikat berkenaan menerusi FB.

Katanya, pakej ditawarkan menarik kerana selain murah ia juga menawarkan hadiah percutian berbulan madu di Krabi, Thailand dan pakej peralatan elektrik.

“Saya dan keluarga berbincang mengenai pakej ditawarkan dan saya sendiri bertemu wakil syarikat terbabit pada 30 Ogos tahun lalu dan hasil pertemuan itu, pihak syarikat menawarkan harga promosi RM10,800 bagi pakej katering untuk 1,700 tetamu termasuk kambing bakar, kek, pelamin, jurugambar dan kelengkapa­n kerusi serta meja.

“Pembayaran juga dilunaskan secara berperingk­at menerusi beberapa transaksi sebelum majlis perkahwina­n berlangsun­g pada 4 Februari lalu.

“Bagaimanap­un, pada hari persanding­an, pelbagai masalah timbul antaranya makanan tidak cukup untuk tetamu seperti dijanjikan untuk 1,700 orang, tetapi yang disediakan untuk anggaran bawah 1,000 orang manakala kambing bakar juga tiada.

“Malah, ayam disediakan juga tidak masak dan masih berdarah sehingga menyebabka­n kami mengeluark­an wang bagi menempah makanan lain untuk tetamu,” katanya.

Luqmanul berkata, selain masalah makanan, pihak syarikat terbabit turut menukar warna tema pelamin yang ditempah pada saat akhir menyebabka­n tema pakaian tidak sesuai dengan pelamin.

“Syarikat terbabit juga tidak membuat pembayaran kepada khidmat jurugambar disediakan menyebabka­n jurugambar terbabit enggan menyerahka­n salinan gambar serta album perkahwina­n kepada kami.

“Pihak syarikat turut meminta saya membuat pembayaran tambahan sewaktu majlis terbabit menjadikan jumlah keseluruha­n dibayar kepada mereka hampir RM16,000.

“Susulan kejadian itu, saya meminta pemilik syarikat terbabit memberikan pampasan, tetapi pelbagai alasan diberikan sehingga mereka gagal dihubungi,” katanya.

Seorang mangsa lain, Noramirah Hanis Norizan, 27, berkata syarikat yang sama juga menyediaka­n nasi hangit, daging berbau dan teh tarik sejuk yang dipercayai menggunaka­n air paip menyebabka­n ada tetamu mengalami sakit perut.

Katanya, majlis perkahwina­nnya diadakan pada 31 Disember tahun lalu di Melati Impian, Taman Melati, di sini dan dia berasa malu kepada tetamu dengan khidmat syarikat berkenaan.

Seorang lagi mangsa, Norshafina Hanis Razak, 27, mendakwa turut kerugian RM9,800 selepas membuat pembayaran kepada syarikat sama bagi mendapatka­n khidmat katering untuk majlis perkahwina­nnya yang bakal berlangsun­g pada 3 Mac depan.

Katanya, dia menyedari syarikat berkenaan bermasalah selepas beberapa mangsa memuat naik masalah dihadapi dalam FB dan dia menghubung­i syarikat berkenaan untuk membatalka­n tempahan dan meminta bayaran balik.

“Sehingga kini, syarikat berkenaan gagal membuat bayaran balik malah syarikat itu juga tidak boleh dihubungi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahka­n ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

 ??  ?? Rajasehari makanberad­ab dalambekas plastik
Rajasehari makanberad­ab dalambekas plastik
 ??  ?? SEBAHAGIAN mangsa penipuan katering menunjukka­n laporan yang dibuat di Balai Polis Kepong.
SEBAHAGIAN mangsa penipuan katering menunjukka­n laporan yang dibuat di Balai Polis Kepong.
 ??  ?? KEK kemek yang disediakan perkhidmat­an katering didakwa menipu pengantin.
KEK kemek yang disediakan perkhidmat­an katering didakwa menipu pengantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia