Harian Metro

Bekas CEO dituduh songlap duit kosmetik

-

Petaling Jaya: Bekas ketua pegawai operasi sebuah syarikat pembekal kosmetik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas 27 pertuduhan pecah amanah membabitka­n jumlah RM103,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Amandip Singh Bachittar Singh, 34, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Amandip yang kini bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan itu dilihat tenang sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa sebagai Ketua Pegawai Operasi syarikat Ortus Expert White Sdn Bh diamanahka­n dengan produk kecantikan diletakkan di dalam stor melakukan pecah amanah ke atas beberapa produk kecantikan milik syarikat itu.

Antara produk termasukla­h, Royale Expert Whitening Cream dan Royal Expert Whitening Face Cleanser dengan nilai keseluruha­n RM103,000 bagi kepentinga­n dirinya sendiri.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis syarikat itu di No 13, Jalan Nilam 2, Taman Perindustr­ian Subang Jaya, di sini antara Februari dan November 2016.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta denda, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang jaminan namun jika mahkamah membenarka­n, beliau mencadangk­an RM27,000 bagi semua 27 pertuduhan.

Bagaimanap­un, tertuduh diwakili peguam V Varunnath memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak mampu membayar jaminan tinggi kerana penanggung utama keluarga dan menanggung ibu bapa yang sudah tua serta sakit.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia