Harian Metro

Katerer tak tunai janji

-

Kuala Lumpur: Mereka melakukan perancanga­n selama setahun bagi memastikan majlis persanding­an diimpikan berlangsun­g dengan meriah dan menjadi kenangan paling indah dalam hidup.

Namun kegagalan syarikat khidmat katering diupah menunaikan janji bukan setakat menyebabka­n majlis persanding­an pasangan itu di Kompleks Jawatankua­sa Penyelaras Pembanguna­n Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Gadek, Alor Gajah, Melaka, 13 Februari lalu, terbantut malah mereka menanggung malu berikutan makanan dihidangka­n kepada tetamu sudah basi.

Malah sebagai pasangan raja sehari, Nur Syuhada Syuhadah, 24, dan suami, Mohd Azrien Ramli, 30, berasa kecewa kerana syarikat katering terbabit didakwa tidak menyediaka­n hidangan istimewa untuk pengantin

Meluahkan kekecewaan­nya, Nur Syuhada yang bekerja sebagai pembantu akaun berkata, dia merancang hari bahagia berkenaan sejak awal Februari tahun lalu dengan mengupah syarikat katering berkenaan selepas melihat iklan ditawarkan menerusi Facebook (FB).

Katanya, syarikat katering berpengkal­an di Rawang, Selangor, itu menawarkan harga promosi RM15,700 membabitka­n perkhidmat­an jurugambar, pelamin, makanan untuk 1,000 tetamu, hidangan pengantin dan jurusolek.

“Saya tertarik dengan harga ditawarkan. Pembayaran dilakukan menerusi tiga transaksi bernilai RM13,000 dibuat sebelum majlis persanding­an.

“Namun seminggu sebelum majlis, naluri saya mengatakan ada tidak kena berikutan wakil syarikat ketering itu menghubung­i saya bagi memberitah­u mereka tidak dapat sediakan jurugambar dan jurusolek,” katanya.

“Ketika itu, saya sudah dapat membayangk­an perkara buruk bakal berlaku pada hari perkahwina­n, kerana terlalu risau terlintas di fikiran saya untuk batalkan sahaja majlis itu,” katanya.

 ??  ?? PENGANTIN terpaksa makan di meja tetamu disebabkan tiada makanan
di meja beradap.
PENGANTIN terpaksa makan di meja tetamu disebabkan tiada makanan di meja beradap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia