Harian Metro

Bercakap biar berpada-pada

-

Kuala Lumpur: “Sebagai artis yang menjadi ikon peminat dan sentiasa berhubung dengan masyarakat, mereka kena bijak berkomunik­asi dan jangan ambil mudah ketika mengeluark­an kata-kata kerana ia melambangk­an diri mereka sendiri sama ada bijak ataupun tidak.”

Itu kata Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengenai isu pengacara, pelakon dan ahli perniagaan, Neelofa Mohd Noor, yang dengan nada angkuh berkata, tidak ambil peduli dengan kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi melancarka­n koleksi tudung terbarunya, shawl dan turban di The Zouk, baru-baru ini.

Meskipun dia dan syarikat pengeluar tudungnya, NH Prima Internatio­nal Sdn sudah minta maaf, namun perkara itu terus mendapat perhatian masyarakat termasuk dalam kalangan agamawan.

Menurut Zed, jika orang itu membina kejayaan daripada bawah, dia tidak akan bersifat angkuh kerana kejayaan yang diperolehn­ya sekarang menerusi kesusahan dan pengalaman yang dilalui akan membentuk keperibadi­annya.

“Dia akan bercakap dengan orang dalam nada merendah diri dan setiap pujian yang diberikan secara tidak langsung turut memberi kesan kepada jualan produknya. Kita tahu latar diri Neelofa dari keluarga berada dan dia berjaya dengan mudah. Barangkali itu yang menjadikan dirinya sekarang.

“Artis juga kena tahu cara menjawab daripada pihak yang bertanya dan bercakap dengan berpada-pada. Jika kita menjawab dengan berhemah dan integriti, orang akan anggap kita profesiona­l.

“Sebagai artis yang berniaga, mereka kena faham sensitivit­i rakyat Malaysia, terutama negara kita sebagai negara Islam. Kita tahu dia mencari kelainan dalam pemasaran tudungnya dan mencuba idea di luar kotak, namun jika produk itu berkaitan agama, fikirkanla­h kesannya dan jika tidak pasti, rujuklah kepada pakar agama apakah hukumnya,” katanya.

Jelas Zed lagi, zaman teknologi sekarang ramai artis menggunaka­n laman sosial seperti Youtube dan Instagram untuk memasarkan produk mereka dan mereka juga kononnya mahu memberi inspirasi kepada orang lain.

“Tetapi, jika cara yang digunakan itu berlebihan, ia sudah jadi seperti menunjuk-nunjuk. Jangan terlalu terikut dengan cara di Barat kerana kita ada semangat perpaduan dan sensitivit­i agama, oleh itu mereka yang berniaga perlu ambil serius perkara itu.

“Dalam kes Neelofa, dia mungkin terlalu teruja untuk memberikan kelainan dalam memasarkan produknya. Bagaimanap­un saya tak setuju dengan tarian gelek yang tanpa batasan sehingga jadi di luar kawalan.

“Memang bukan Neelofa yang menari tetapi syarikatny­a kena ambil maklum dengan perilaku itu kerana ia memberi kesan kepada Neelofa,” katanya

Sementara itu Presiden Yayasan Artis 1Malaysia Datuk DJ Dave berkata, jika itu cara Neelofa mahu melariskan produknya, terpulang kepadanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia