Harian Metro

Usah ulang isu sensitif

-

Kuala Lumpur: “Kadang-kadang, ada perlakuan yang kita tak sedar tetapi salah di mata orang lain. Paling bagus, kita mohon maaf dan apabila seseorang sudah meminta maaf, kita sebagai masyarakat terima dengan terbuka,” kata pelakon dan pengacara popular, Datuk Rosyam Nor mengenai tindakan Neelofa membuat permohonan maaf kelmarin.

Rosyam, 51, berkata, sikap rakyat Malaysia dan peminat seni tanah air yang mudah memaafkan patut dipuji.

“Itu yang seronoknya dengan peminat dan rakyat Malaysia. Sikap saling memaafkan patut dipuji,” katanya.

Rosyam yang juga pengacara program realiti Da’i turut berpesan kepada rakan-rakan artis supaya sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

“Tidak kiralah sama ada artis lama atau baru termasukla­h diri saya, kita perlu sentiasa berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu,” katanya.

Sementara itu, pelakon Rita Rudaini, 42, berkata, dia berharap Neelofa tidak ulangi lagi kesilapan yang sama pada masa akan datang.

“Tiada insan yang sempurna dan semua orang ada melakukan kesilapan, apabila kemaafan yang dipinta, maafkanlah,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon popular,

Amyra Rosli, 27, berkata, selepas

Neelofa membuat permohonan maaf kelmarin, diharapkan semua spekulasi yang timbul berakhir.

“Mengaku silap dan memohan maaf adalah tindakan tepat dilakukan Neelofa. Jadi, dia wajar dimaafkan.

“Hendak dipanjangk­an cerita pun, perkara sudah berlaku. Nak cakap lebih-lebih, hanya Neelofa yang tahu dan dia pasti ada alasan tersendiri,”

katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia