Harian Metro

DARAH PEGUAM

-

Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu kini rakan kongsi di firma guaman saya,” katanya di pejabatnya di sini, kelmarin.

Sementara, anak lelaki sulungnya Akram berkelulus­an Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM) berkata, ayahnya seorang yang berdisipli­n dan sikap itu diturunkan kepadanya serta kakak dan adik.

“Dari kecil kami sentiasa dididik oleh ayah untuk menjadi seorang yang menepati masa dan menghormat­i orang lain, jadi prinsip itu yang saya dan adik-beradik lain pegang.

“Dulu kami ditekankan untuk belajar bersungguh-sungguh, malah sering didenda sekiranya tidak memperoleh keputusan peperiksaa­n memuaskan,” katanya.

Bagi anak Zainal yang keempat, Nurdiana, minat berhujah dan berdebat ketika menuntut di sekolah menengah mendorongn­ya untuk memilih kerjaya sebagai peguam.

Nurdiana berkata, selain menyertai pasukan debat ketika di bangku sekolah, dia juga gemar membaca dan itu yang sering dilakukann­ya jika mempunyai masa lapang.

Sementara anak bongsu Zainal, Azhari berkata, dia yang dulunya pendiam tidak menyangka menjadi peguam kerana perlu petah berkata-kata dan berhujah.

“Namun selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan berjaya menamatkan pengajian undang-undang di UIAM, ternyata peguam banyak membina karakter saya dan membina keyakinan diri,” katanya.

Ketika menceritak­an kenangan membesarka­n anaknya, Aisah berkata, dia yang dulunya bekas kakitangan sebuah bank di Sungai Petani, Kedah terpaksa memilih untuk berhenti kerja demi menjaga anak.

“Zainal pula sentiasa sibuk terutama selepas membuka firma guaman, jadi ketika itu saya banyak mengambil tanggungja­wab menjaga anak.

“Tekanan membesarka­n anak memang ada namun selepas melihat kejayaan demi kejayaan dikecapi mereka, ia membuatkan saya bangga dan segala pengorbana­n yang dilakukan berbaloi," katanya.

Lima anak ikut jejak ayah kini jadi rakan kongsi dalam firma guaman

 ??  ?? ZAINAL Azahar (duduk tengah)
bersama anak-anaknya, Nurshuhaid­a (berdiri dari kiri), Zainal
Azhari, Zainal Akram, Nurdiana (duduk dari kiri) dan Nurulnadia.
ZAINAL Azahar (duduk tengah) bersama anak-anaknya, Nurshuhaid­a (berdiri dari kiri), Zainal Azhari, Zainal Akram, Nurdiana (duduk dari kiri) dan Nurulnadia.
 ??  ?? KELUARGA Zainal Azahar bergambar di Mahkamah Butterwort­h.
KELUARGA Zainal Azahar bergambar di Mahkamah Butterwort­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia