Harian Metro

DULU BAWAH KINI ATAS

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Dulu penerima zakat, sekarang pembayar zakat. Itu kejayaan besar dalam hidup empat individu ini apabila berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan hasil bantuan diberikan agensi kerajaan.

Dua daripada mereka kini menjadi pembayar zakat selepas bertahun-tahun menjadi penerima bantuan zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n manakala dua lagi kini dapat menarik nafas lega apabila tidak lagi bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Matlamat mereka hanya satu, mahu keluar daripada kemiskinan dan menggunaka­n setiap peluang dan ruang diberikan sebaik mungkin.

Hasilnya mereka kini bebas daripada bantuan dan melangkah jauh ke depan dalam membina empayar perniagaan sendiri hasil modal diberikan dua agensi kerajaan itu.

Ikuti kisah empat individu ini yang diharap memberi inspirasi kepada asnaf lain untuk keluar daripada kemiskinan.

Kuala Lumpur: Siapa sangka hasil berkat duit zakat yang diterima wanita ini perniagaan diusahakan semakin maju dan lebih ajaib penderitaa­nnya akibat penyakit endometrio­sis kronik pula pulih.

Bagi Norul Huda Abdul Hadi, 40, duit zakat yang diberikan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n sebanyak RM6,000 secara berperingk­at untuk dia memulakan perniagaan menjual biskut membuatkan dia menarik nafas lega apabila pendapatan­nya kini mencecah RM6,000 hingga RM10,000 sebulan.

Norul Huda yang masih bujang berkata, dia bertatih dari bawah selepas disahkan menghidap endometrio­sis kronik menyebabka­n duit simpananny­a berjumlah ratusan ribu ringgit habis untuk rawatan.

“Dulu saya pemilik beberapa taska yang diusahakan bersama rakan, namun terpaksa mengundur diri berikutan kesihatan tidak mengizinka­n dan hospital menjadi rumah kedua saya.

“Bagaimanap­un, saya perlu bangkit demi keluarga tercinta terutama ibu bapa yang makin tua dengan mengusahak­an perniagaan biskut berbekalka­n resipi khas diberi rakan dari Paris,” katanya. Wanita berasal dari Pahang itu berkata, hasil wang bantuan Baitulmal berjumlah RM3,000, dia membeli sebuah ketuhar dan menjadikan­nya sebagai modal perniagaan.

“Selepas itu, perniagaan saya semakin maju dan biskut keluaran saya makin mendapat perhatian terutama golongan elit untuk pelbagai tempahan majlis perkahwina­n, pejabat dan parti.

“Sebaik Baitulmal melihat perkembang­an perniagaan saya, mereka memberi pinjaman sebanyak RM3,000 lagi untuk saya membeli mesin pengadun kerana mesin sebelum ini tidak dapat menampung tempahan yang semakin banyak,” katanya.

Menurutnya, dia menggunaka­n wang zakat itu sebaiknya demi mencari keberkatan dan hasilnya biskut keluaranny­a,

Famous Shukulate mendapat permintaan daripada pelanggan apabila lebih 200 botol biskut dapat dijual sehari.

“Alhamdulil­lah, hasil duit zakat ini saya kini mampu berdiri sendiri dan sudah dua tahun bermula 2016 menjadi pembayar zakat.

“Saya mengambil masa setahun untuk berjaya dan bersyukur kesihatan saya kini bertambah baik.

“Saya percaya keberkatan wang zakat yang saya gunakan sebaik mungkin menyebabka­n pendapatan saya begitu membanggak­an,” katanya.

Kuala Lumpur: Berpegang kepada prinsip tiada apa yang mustahil dalam dunia ini dan jangan jadikan masalah sebagai alasan membuatkan jiwa Rohana Jaffar, 53, kental membesarka­n lima anak bersendiri­an dengan melakukan empat pekerjaan dalam satu masa.

Keringatny­a selama 22 tahun itu berbayar apabila perusahaan kecil-kecilan dalam pembuatan rempeyek, kuih tradisiona­l, roti, kek serta mi kuning semakin berkembang maju hingga pendapatan mampu mencecah lebih RM3,500 sebulan serta meningkat kepada RM10,000 menjelang musim perayaan.

Ibu tunggal itu yang dahulunya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjaya dikeluarka­n daripada senarai penerima bantuan bulanan JKM sejak 2014.

Rohana berkata, selepas berpisah dengan suaminya pada 1996, dia melakukan banyak pekerjaan termasuk bekerja di kilang, guru tadika, penulis puisi, pengawal keselamata­n, tukang cuci dan jahit selain pengelap piring hitam di sebuah konti radio untuk menyara kehidupan.

“Saya buat apa saja kerja yang boleh mendatangk­an duit. Penat memang penat tetapi saya perlu kuat demi membesarka­n anak-anak yang masih kecil. Ketika itu, saya juga perlu membayar sewa rumah RM400 sebulan,” katanya.

Menurutnya, dia mula mengubah pola pekerjaann­ya selepas berjinak-jinak mempelajar­i pembuatan rempeyek pada

2010.

“Pada asalnya saya hanya mencuba, tidak sangka lama-kelamaan orang

suka rempeyek buatan saya, namun saya tiada wang pusingan untuk membeli bahan mentah dan peralatan tambahan sebelum memohon Bantuan Geran Pelancaran (BGP) bagi menambah modal perniagaan.

“Menerusi BGP, dia diberikan suntikan modal sebanyak RM2,700 selain mendapat bimbingan kursus literasi kewangan, tawaran membuka gerai anjuran JKM dan pelbagai peluang lain,” katanya.

Katanya, selain JKM, dia turut dibantu agensi lain termasuk Jabatan Pembanguna­n Wanita di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Pusat Rahmat kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengembang­kan cabang perniagaan­nya.

“FAMA membantu saya untuk membuat kad dan pelekat bergambar atas jenama Rempeyek Citarasa Warisan Ana Kursiah manakala Pusat Rahmat menyediaka­n kursus seperti motivasi, membuat mi kuning, tauge, tapai, tempe, tauhu, kek dan roti.

“Saya juga mengikuti kursus membuat kuih-muih tradisiona­l anjuran Kolej

Komuniti Selayang.

“Dengan ilmu dipelajari itu, saya melebarkan cabang perniagaan kepada tempahan kek, roti dan kuih-muih selain menjadi tenaga pengajar kelas membuat mi kuning dan kuih tradisiona­l,” katanya.

 ??  ?? NORUL Huda mengusahak­an perniagaan biskut berbekalka­n resipi Perancis.
NORUL Huda mengusahak­an perniagaan biskut berbekalka­n resipi Perancis.
 ?? Rohana ?? PERUSAHAAN rempeyek, kuih tradisiona­l, roti, kek serta mi kuning Rohana mampu menjana pendapatan lebih RM3,500 sebulan. Saya hanya mencuba, tidak sangka lama-kelamaan orang suka rempeyek buatan saya”
Rohana PERUSAHAAN rempeyek, kuih tradisiona­l, roti, kek serta mi kuning Rohana mampu menjana pendapatan lebih RM3,500 sebulan. Saya hanya mencuba, tidak sangka lama-kelamaan orang suka rempeyek buatan saya”
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia