Harian Metro

‘KAMI DIKHIANATI’

- Norizuan Shamsuddin news@nstp.com.my

Rayuan sumbangan untuk rawatan anak sakit diperalatk­an

“Sedih dan terkilan pada saat kami buntu memikirkan masalah kewangan untuk menampung perbelanja­an kos ubat dan rawatan anak, ada pula pihak tidak bertanggun­gjawab yang mengambil kesempatan.

“Mereka memperguna­kan gambar anak kami untuk meraih wang mudah. Mereka minta sumbangan sehingga RM45,000,” kata Nor Diyana Che Ahmad, 28, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun sembilan bulan, Mohamad Faris Darwisy, yang kini menderita akibat masalah buah pinggang bocor dan darah tinggi.

Nor Diyana berkata, kerana kekurangan wang, dia dan suami, Mohamad Rahim Mohd Arshad, 40, terpaksa mengharapk­an ihsan orang ramai bagi menampung kos perubatan anaknya itu.

Menurut Diyana, dia dan suaminya berasa amat kesal selepas mengesan gambar anaknya yang dimuat naik ke Facebook digunakan pihak lain disyaki untuk kepentinga­n sendiri.

“Individu terbabit menggunaka­n gambar Mohamad Faris namun keterangan mengenai bantuan dan nombor akaun milik orang lain, malah nama saya juga ditukar.

“Susulan itu saya dan suami membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a kerana kami tidak pernah menggunaka­n akaun milik individu lain selain akaun Bank Muamalat yang dibuka atas nama Mohamad Faris,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Wanita itu yang menetap di Taman Agropolita­n Rantau Manis (ECER), Gua Musang, Kelantan berkata, anaknya disahkan mengalami masalah buah pinggang bocor dan darah tinggi sejak awal tahun lalu.

Katanya, tahap kesihatan anak kelapannya itu semakin merosot. Perut anaknya itu kini semakin membuncit, manakala beberapa bahagian badan dan mukanya pula membengkak.

“Ketika usianya baru enam bulan, Mohamad Faris disahkan menghidap asma dan selepas usianya 12 bulan baru doktor dapat kesan masalah buah pinggang dan darah tinggi anak saya.

“Doktor sahkan keadaan Mohamad Faris kini amat kritikal dan menyaranka­n kami membeli ubat berharga RM1,000 sebagai bekalan untuk dua bulan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu bayi malang itu boleh menyalurka­n sumbangan menerusi akaun Bank Muamalat milik Mohamad Faris, 0307000182­6720.

 ??  ?? MOHAMAD Faris Darwisy mengalami masalah buah pinggang bocor dan darah tinggi.
MOHAMAD Faris Darwisy mengalami masalah buah pinggang bocor dan darah tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia