Harian Metro

REZEKI CELAH SELUT

- Mohd Nazllie Zainul am@hmetro.com.my

Remaja harung lumpur ambil upah cari lokan tambah pendapatan keluarga

Kota Kinabalu

Bergeluman­g dengan selut dan lumpur menjadi rutin harian Rizal Randi, 19, yang menjadikan aktiviti mencari serta mengutip lokan sebagai sumber pendapatan.

Mengambil upah mengutip lokan sejak tiga tahun lalu, Rizal berkata, walaupun terpaksa mengharung­i lumpur tebal namun kawasan paya bakau sudah seperti ‘padang permainan’ setiap hari demi mencari rezeki bagi membantu keluarga.

Keluar mencari lokan bersama adik lelaki serta lima lagi rakan dari jam 6.30 pagi sehingga 3 petang, anak sulung daripada 13 beradik itu pergi ke beberapa lokasi sekitar kawasan paya bakau di pinggir bandar raya ini serta Sepanggar untuk mengumpul makanan laut itu.

“Rutin harian kami bangun jam 5.30 pagi sebelum bersiap dan menunggu majikan datang menjemput di rumah.

“Lokasi pencarian lokan selalunya ditentukan majikan kerana ada kalanya hasil lokan di sesebuah kawasan tidak menentu,” katanya ketika ditemui di kawasan paya bakau Kampung Rampayan di sini, baru-baru ini.

Rizal berkata, dia mampu memperoleh kira-kira 140 kilogram (kg) lokan

bersamaan tujuh baldi seberat 20kg setiap baldi dalam sehari jika lokasi pencarian itu adalah lubuk lokan.

Menurutnya, mereka dibayar mengikut jumlah kutipan lokan yang diperoleh iaitu RM20 bagi setiap 20kg.

Berbeza dengan sahabatnya, walaupun baru saja sebulan bekerja mencari lokan, namun ia bukan halangan buat Tino Yassin, 17, mengambil upah untuk mengutip hidupan bercengker­ang itu.

Tino berkata, sebelum ini dia memang sudah biasa membantu bapa menangkap ketam bakau serta mencari lokan di kawasan bakau tetapi aktiviti itu hanya dilakukan secara sambilan saja.

Dia yang berasal dari Kampung Delima di sini berkata, kerja mengutip

 ??  ?? HASIL lokan yang dicari di kawasan lumpur paya bakau.
HASIL lokan yang dicari di kawasan lumpur paya bakau.
 ??  ??
 ??  ??
 ?? Rizal Randi ??
Rizal Randi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia