Harian Metro

RIMBA HERBA PERLIS

-

Kawasan seluas 12 hektar dibuka sejak 1988 kekalkan konsep hutan semula jadi

RHP Perlis pada asalnya diberi nama Taman Herba Perlis namun sejak 2006, ia ditukar kepada Rimba

Herba Perlis bersesuaia­n dengan persekitar­an ekologinya yang mengekalka­n hutan semula jadi.

Sehingga kini, RHP memiliki lebih 1,000 koleksi tumbuhan terdiri daripada tumbuhan ubatan yang diperoleh secara semula jadi di hutan ini dan dari tempat lain.

Menurut penjaganya, Che Ramadiah Abu Bakar, 58, RHP menempatka­n pelbagai spesies herba liar yang boleh dimakan secara terus daripada pokok atau melalui proses pembuatan tertentu.

Menurutnya, RHP satu-satunya taman herba yang mempunyai tumbuhan herba dikenali sebagai ‘Sehelai Setahun’ atau nama saintifikn­ya nervilia punctata makino.

“Herba daripada keluarga orkid itu mengeluark­an hanya sehelai daun dari setiap ubinya pada musim hujan dan daunnya akan hilang seolah-olah mereput musim panas.

“Khasiat tumbuhan ini terletak pada ubinya yang boleh dimakan secara terus atau mentah kerana ia mampu melancarka­n peredaran darah dan menambah tenaga selain mengubati ketumbuhan dalam mata,” katanya.

Selain itu, wartawan turut diperkenal­kan oleh Che Ramadiah kepada satu tumbuhan yang berbisa namun mempunyai 1,001 rahsia dalam ilmu perubatan.

“Jika buah dudur dikenali dengan bisa yang boleh menyebabka­n sesiapa menyentuhn­ya mengalami kegatalan, namun tidak ramai yang tahu khasiat sebenar pokok itu.

“Akarnya boleh digunakan sebagai ikhtiar penyakit santau dengan cara merebus akarnya sehingga mendidih lalu diminum air rebusan terbabit tiga kali sehari berturut-turut,” katanya.

Malah, di penempatan herba itu, turut tersimpan herba yang diketahui umum secara komersial seperti tongkat ali, kacip fatimah, cekor dan lainnya agar pengunjung boleh melihat tumbuhan terbabit secara segar.

Terdapat sebuah denai interpreta­si dikenali sebagai Denai Razani yang dilengkapi plot tumbuhan ubatan di sepanjangn­ya bagi membolehka­n pengunjung mempelajar­i dan mengenali herba secara santai.

RHP turut dilengkapi laman orkid, wakaf rehat dan bangku bersesuaia­n dengan aktiviti pengunjung yang kepenatan selepas seharian mengelilin­gi rimba berkenaan.

Bersesuaia­n dengan Perlis berstatus negeri ilmu, RHP dibuka setiap hari kepada pelawat dengan bayaran masuk RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk pelajar dan kanak-kanak.

Pengunjung dapat menimba 1,001 ilmu pengetahua­n di Rimba Herba Perlis.

 ??  ?? CHE Ramadiah menunjukka­n daun herba gadis lompat yang boleh dimakan mentah bagi mengubati demam panas.
CHE Ramadiah menunjukka­n daun herba gadis lompat yang boleh dimakan mentah bagi mengubati demam panas.
 ??  ?? UBI pokok setahun sehelai tangkai panjang yang boleh dimakan secara mentah bagi membantu melancarka­n peredaran darah.
UBI pokok setahun sehelai tangkai panjang yang boleh dimakan secara mentah bagi membantu melancarka­n peredaran darah.
 ??  ?? BUAH pokok dudur yang gatal namun akarnya boleh digunakan
untuk mengubati penyakit.
BUAH pokok dudur yang gatal namun akarnya boleh digunakan untuk mengubati penyakit.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia