Harian Metro

MAIN WAYANG

- Safeek Affendy Razali dan Teoh Pei Ying news@nstp.com.my

 Sindiket judi berselindu­ng di sebalik permit PHK

Berselindu­ng di sebalik lesen atau permit Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang lazimnya untuk permainan kanak-kanak.

Itu taktik sindiket perjudian yang dikesan cuba menghidupk­an kembali aktiviti mereka dengan ‘bermain wayang’ di sebalik operasi sebenar dijalankan.

Bagaimanap­un, modus operandi itu terbongkar apabila Unit Pencegahan Perjudian (D7A) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyerbu sebuah premis di D Pandan Avenue, Taman Pandan Mesra, Ampang, di sini, kelmarin, yang menjalanka­n kegiatan perjudian mesin simulator meja serta simulator kotak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya sudah menjalanka­n pemantauan dan risikan mengenai cubaan menghidupk­an kembali aktiviti perjudian.

“Dalam serbuan malam tadi (kelmarin), pihak D7A Bukit Aman dibantu Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 20 hingga 30 tahun yang bertindak sebagai penjaga di premis berkenaan.

“Selain itu, lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, Vietnam serta Bangladesh dipercayai pemain mesin berkenaan turut ditahan,” katanya ketika ditemui selepas operasi.

Beliau berkata, pemilik premis didapati mempamerka­n lesen PHK dikeluarka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) namun sebaliknya mereka menjalanka­n kegiatan perjudian.

“Secara amnya, premis PHK harus beroperasi dalam pusat beli-belah kerana menyediaka­n mesin permainan berbentuk rekreasi dan interaktif untuk kanak-kanak serta remaja namun dalam premis ini, pintunya dikunci selain berada dalam keadaan mencurigak­an.

“Jadi, saya tidak nafikan kemungkina­n ini adalah cubaan sindiket perjudian di seluruh negara untuk membuka semula aktiviti judi mesin,” katanya.

Rohaimi berkata, pihaknya turut mengenal pasti taktik sindiket berkenaan yang kini berusaha menjadikan kawasan komersial di Selangor khususnya untuk membuka semula premis mesin judi.

Tinjauan di premis itu mendapati, pemiliknya menampal poster menyatakan tiada wang tunai dibayar kepada pemenang mesin untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan polis.

Namun, hakikatnya berbeza apabila polis merampas sembilan cip tambah nilai serta 20 keping kad mata dan wang tunai RM454 dipercayai untuk pembayaran kepada pemenang mesin permainan itu.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa premis yang menjalanka­n aktiviti judi haram di Ampang.
ANGGOTA polis memeriksa premis yang menjalanka­n aktiviti judi haram di Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia