Harian Metro

AKSI PARKOUR TINGKAT 25

-

Kekangan kewangan dorong Hazlami ceburi sukan ekstrem

untuk melihat jenis sukan luar yang boleh dilakukan sehingga diperkenal­kan dengan parkour,” katanya.

Menurut Hazlami, dia pernah mengalami kecederaan pada 2016, tetapi itu bukan penghalang­nya meneruskan minat terhadap sukan ekstrem parkour.

“Namun, saya banyak melakukan atau senaman jalanan iaitu aktiviti fizikal yang sering dilakukan di gimnasium dan di kawasan terbuka seperti taman rekreasi.

“Setakat ini, saya pernah melakukan sukan ekstrem parkour di bangunan 25 tingkat. Saya tahu video kami tular di laman sosial tanpa keselamata­n, tetapi semua itu dilakukan dengan persiapan rapi. “Dengan keyakinan diri dan latihan setiap hari, halangan atau risiko yang akan kami hadapi dapat diatasi apabila mahir dengan penguasaan teknik yang betul,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peminat sukan ekstrem parkour,

Muhammad Faiz

Roslee, 25, berkata, dia memerlukan masa enam tahun untuk berlatih memahirkan diri melakukan pelbagai aksi ngeri.

“Bangunan paling tinggi saya panjat adalah setinggi 45 tingkat. Saya buat semua itu bukan kosong, tetapi

Calistheni­cs

memerlukan ilmu sehingga saya handal melakukan aksi sebegitu.

“Lagipun, sukan ekstrem ini sudah saya lakukan sejak remaja. Saya suka cabar diri dengan aktiviti lasak,” katanya.

Video Muhammad

Faiz atau lebih mesra disapa Paeh memanjat bangunan tinggi tanpa persediaan dan ciri keselamata­n menjadi tular di laman sosial dan mendapat kecaman orang ramai.

Menurutnya, aktiviti yang dilakukan itu pernah mendapat halangan dan kekangan daripada ibu bapa serta dinasihatk­an tidak menceburi diri dalam sukan itu.

“Namun, saya suka dengan sukan itu dan teruskan hobi biarpun berhadapan dengan pelbagai tentangan,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia