Harian Metro

‘Saya bukan terbaik buat Ude’

-

Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu apa-apa,” kata isteri pertama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liana Saleh mengenai suaminya dikatakan berubah disebabkan angkara buatan orang.

Intan, 33, ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai perkara itu sebaliknya perkara itu menjadi bahan bualan dalam kalangan netizen.

“Saya tidak mahu komen. Saya sudah dinasihatk­an untuk tidak memberi sebarang kenyataan sehingga kes ini selesai.

“Tunggu keputusan mahkamah pada 22 Mac depan bagi sebutan semula kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai luahan perasaan yang dimuat naik menerusi

Instagram Story semalam sempena ulang tahun kelima perkahwina­nnya, Intan menegaskan kenyataan terbabit gambaran perasaan sebenarnya ketika ini.

Dalam luahannya, Intan berkata, walaupun riak wajahnya nampak tenang, tetapi jauh dari lubuk hatinya, tidak mampu menggambar­kan perasaan itu.

“Sedih itu datang daripada hati dan bukan daripada muka. Luaran nampak gembira, tapi dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.

“Jika Allah tidak mengizinka­n kita bersatu dengan orang yang kita cinta, semoga Allah satukan kita dengan orang yang cintai kita.

“Aku pernah sayang orang sepenuh hati, sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia,” tulisnya di laman

semalam. Walaupun hatinya terluka, Intan masih mendoakan yang terbaik untuk suaminya.

“Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang. Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik,” katanya.

Semalam, Ude dan Intan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi urusan lafaz cerai selepas pemuzik memfailkan permohonan berkenaan.

 ??  ?? INTAN Liana
INTAN Liana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia