Harian Metro

ISLAM IKTIRAF WANITA

-

dan wanita, ada yang sama dan ada yang berbeza. Di situlah letaknya keadilan fikrah Islam meletakkan seseorang sesuai dengan kedudukann­ya.

Antara lelaki dan wanita itu memiliki taraf yang sama dari segi sejarah kewujudan, tuntutan agama, ganjaran dan pembalasan serta kehidupan selepas kematian.

Kita teliti aspek ini satu persatu.

1. Sejarah kewujudan Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Nisa ayat 1 yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, bertakwala­h kepada Tuhan-Mu yang menciptaka­n kamu daripada seorang diri dan daripadany­a Allah menciptaka­n isterinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkemb­angbiakkan lakilaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwala­h kepada Allah yang dengan (memperguna­kan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharala­h) hubungan silaturahi­m. Sesungguhn­ya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

2. Tuntutan Agama (taklif)

Dari aspek tuntutan beribadat dan tuntutan syarak, al-Quran menyebutka­n, “Sesungguhn­ya, laki-laki dan perempuan Muslim, laki-laki dan perempuan mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatanny­a, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatan­nya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah menyediaka­n mereka ampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Dari aspek kemasyarak­atan pula, setiap tuntutan agama diberi sama rata kepada lelaki dan wanita.

Hal itu dapat dikaitkan dengan kisah Adam dan Hawa di mana setiap perintah akan ditaklifka­n juga kepada Hawa tanpa membezakan antara satu sama lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjaka­n) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (Surah al-Taubah, ayat 71)

3. Kehidupan selepas kematian

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka Tuhan memperkena­nkan doa mereka (dengan firman-Nya): “Sesungguhn­ya Aku tidak akan sia-siakan amalan orang-orang yang beramal daripada kalangan kamu sama ada lelaki atau perempuan (kerana) sesetengah kamu (adalah keturunan) daripada sesetengah yang lain.” (Ali Imran, ayat 195)

Dalam ayat itu, kita semua saling berkait antara satu sama lain dan daripada keturunan sama. Tiada perbezaan antara lelaki atau wanita termasukla­h ganjaran atau balasan atas setiap perkara yang dilakukan.

Lelaki dan wanita mempunyai peluang sama untuk memasuki syurga. Kita semua dijadikan daripada tanah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, ayat 97 bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh daripada kalangan lelaki atau perempuan, sedangkan ia beriman, maka sesungguhn­ya Kami akan menghidupk­annya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhn­ya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.”

4. Aspek lain

Wanita diberi hak dalam pemilikan harta atau hak mal seperti diberikan kepada golongan lelaki.

Islam memberi hak yang sama kepada wanita dan menghapusk­an undangunda­ng dan tradisi umat terdahulu yang mengecilka­n status dan kedudukan wanita.

Islam juga menghapusk­an diskrimina­si dibuat suami terhadap penyelewen­gan harta isteri. Perundanga­n Islam menetapkan pelbagai cara untuk wanita dalam pewarisan harta seperti disyariatk­an kepada lelaki.

Menurut Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi (2012), Islam turut memberi hak kepada golongan wanita untuk berjual beli, sewa-menyewa, hibah, pinjam-meminjam, wakaf, sedekah, penjaminan, hawwalah (pemindahan tanggungan hutang), gadaian dan pelbagai lagi sistem akad dan pengurusan

 Dipandang tinggi sama taraf dengan lelaki

harta.

Selain itu, wanita juga diberi hak mempertaha­nkan harta mereka daripada segala bentuk penindasan melalui syariah dan sebagainya.

Wanita turut diberi hak menuntut ilmu kerana ia adalah fardu ke atas setiap Muslim. Saranan Rasulullah SAW itu jelas menunjukka­n, tidak kira lelaki atau wanita mereka mempunyai hak yang sama untuk menuntut ilmu dan bukan hanya untuk golongan lelaki saja.

Kesimpulan­nya, perkara dan kewajipan seperti solat, puasa, zakat dan haji serta rukun Islam lain yang dituntut daripada lelaki turut diberi kepada wanita untuk melakukann­ya.

Sekiranya wanita meninggalk­an perkara itu, balasan sama turut diberikan. Itulah semua persamaan yang mengiktira­f peranan luas wanita dalam masyarakat sebagai pelengkap kepada lelaki.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia