Harian Metro

Makmum tak boleh dahului imam

-

solat, lalu dia pun berniat untuk menjadi makmum kepada orang alim itu.

Persoalann­ya, adakah solatnya masih sah? Bagaimana pula kedudukann­ya sebagai imam dan bagaimana dengan makmum yang mengikuti di belakangny­a?

Imam berkenaan hendaklah terlebih dulu berniat untuk mengeluark­an dirinya daripada menjadi imam. Kemudian barulah dia boleh berniat mengikuti orang lain.

Apabila putus imamahnya, maka jemaah yang mengikut di belakangny­a dikira sebagai solat secara bersendiri­an. Jika mereka berkehenda­k untuk mengikuti seseorang, maka hendaklah dengan niat untuk mengikutny­a sebagai makmum.

3. Sebaik imam memberi salam, seorang makmum masbuk bangun untuk menyempurn­akan bilangan rakaatnya yang masih kurang.

Tiba-tiba datang beberapa orang dan solat di belakangny­a sebagai makmum. Lalu dia pun berniat sebagai imam di pertengaha­n solatnya.

Adakah hasil baginya fadilat imamahnya dan adakah beroleh pahala jemaah bagi mereka yang mengikuti di belakangny­a?

Beroleh fadilat jemaah bagi mereka semua jika yang mengikuti di belakang itu berniat sebagai makmum (walaupun makmum masbuk tadi tidak berniat sebagai imam).

4. Seorang makmum membaca tahiyat awal hingga ‘Allaahumma solli ‘alaa Muhammad’, sedangkan imamnya belum lagi bangun untuk rakaat ketiga mungkin kerana bacaannya terlalu lambat.

Apakah yang makmum perlu lakukan, hanya diam menunggu sehingga imam bangun atau boleh membaca apa-apa saja selagi imam belum bangun?

Adakah dengan membaca selain daripada bacaan tahiyat boleh merosakkan solatnya?

Jika seseorang itu solat secara seorang diri atau sebagai imam., tidak boleh dia membaca tahiyat awal lebih daripada apa yang dinyatakan.

Begitu juga sekiranya dia seorang makmum, tidak boleh dia melebihkan bacaannya jika imam tidak memanjangk­an bacaannya.

Tetapi jika imam memanjangk­an bacaan tasyahud itu maka tidaklah menjadi kesalahan bagi makmum memanjangk­an bacaan tasyahudny­a sehinggala­h imam berdiri.

Cara itu lebih baik daripada dia duduk diam menunggu sehingga imam berdiri. Tetapi jika seorang makmum mendiamkan diri selepas membaca tahiyat awal, tidaklah merosakkan solatnya.

Sumber: Furu' Al-Masa'il Wa Usul Al-Wasa'il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia