Harian Metro

MANA AYAH?

- Norrasyida­h Arshad news@nstp.com.my

Keluarga buntu anak mangsa tragedi MH370 kerap tanya ketiadaan bapa

Pada 8 Mac 2014, dunia gempar dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesawat yang berlepas jam 12.41 tengah malam dan dijadualka­n mendarat di Beijing, China jam 6.40 pagi hari yang sama itu dilaporkan hilang daripada radar Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia (DCA).

Malah, misi pencarian pesawat malang berkenaan masih belum menemukan sebarang petunjuk kukuh bagi menjawab segala

Anak sulung penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370, S Puspanatha­n, masih belum mengetahui kejadian sebenar yang menimpa bapanya sejak pesawat itu hilang empat tahun lalu.

Bapa Puspanatha­n, G Subramania­m, 64, berkata, cucunya, P Varmer yang kini berusia tujuh tahun kerap bertanya mengapa bapanya masih tidak pulang daripada kerja kerana sudah terlalu lama menunggu.

“Kami sekeluarga tidak ada kekuatan untuk menerangka­n perkara sebenar kepadanya. Sebab itu kami masih tidak memberitah­u persoalan misteri kehilangan­nya yang disahkan berakhir di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Walaupun misi pencarian pesawat itu diteruskan semula awal Januari lalu selepas dihentikan namun ia masih tidak dapat mengubati rasa perit dan sedih ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terbabit dalam insiden itu.

Ikuti luahan ahli keluarga mangsa nahas MH370 sempena pertemuan mereka pada program Hari Memperinga­ti MH370 di Publika, Kuala Lumpur bermula jam 2 hingga jam 5 petang hari ini.

perkara sebenar dan hanya kata Puspanatha­n keluar bekerja.

“Sejak dia berusia tiga tahun hingga berada dalam tahun satu bapanya masih tidak dijumpai dan sepanjang tempoh itu, dia menunggu bapanya pulang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Telok Panglima Garang.

Puspanatha­n, 34, pakar teknologi maklumat antara 239 penumpang pesawat MH370 dari 14 negara yang menaiki pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Selain Varmer, Puspanatha­n turut meninggalk­an isteri, G Devi, 35, dan seorang lagi anak, P Tashuvarme­n, yang berusia empat tahun.

Subramania­m berkata, isterinya, A Amirtham, 64, masih sedih dengan kejadian malah terpaksa meninggalk­an rumah mereka di Telok Panglima Garang.

Katanya, Amirtham seolah-olah terlihat kelibat anak sulungnya itu di dalam rumah menyebabka­n dia sentiasa sedih dan murung.

“Dia sentiasa menunggu kepulangan Puspanatha­n. Apabila bersendiri­an di rumah, dia bersedih malah tidak boleh mendengar atau melihat gambar kapal terbang.

“Ketika ini, anak perempuan saya yang menjaganya di Gombak. Mudah untuk dia melawat cucu yang tinggal di Selayang,” katanya.

Pada masa sama, Subramania­m berkata, bukan mudah untuk mereka sekeluarga menerima kenyataan itu memandangk­an tiada sebarang petunjuk berkenaan kehilangan MH370.

Dia turut tidak dapat melakukan rutin harian seperti biasa kerana sering terbayangk­an anaknya.

“Banyak perkara yang saya tidak dapat lakukan. Pergi ke mana saja, kawan-kawan akan tanya. Bagaimana saya nak lupa? “Apa pun, kami sekeluarga akan menunggu dan berharap pencarian diteruskan hingga pihak berkuasa menemui pesawat itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia