Harian Metro

MENGHARAP JASAD ‘PULANG’

-

dan pesawat MH370 dapat dirungkai tanpa ada sebarang persoalan lagi timbul selepas ini,” katanya yang demam dan pergerakan­nya dilihat sudah agak perlahan ketika ditemui NSTP di sini, semalam berbanding sebelum ini.

Mohd Khairul Amri, 29, yang juga jurutera adalah antara 239 anak kapal serta penumpang pesawat MH370 dan dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 bagi menjalanka­n tugas membaiki sebuah pesawat syarikat penerbanga­n di sana.

Mohd Khairul adalah anak bongsu daripada tiga beradik yang disifatkan sebagai anak yang baik, bertanggun­gjawab dan sering mengambil berat terhadap kesihatan mereka sekeluarga.

“Saya masih ingat lagi perbualan terakhir dengannya pada jam 8 malam sebelum Khairul ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), dia minta saya jaga kesihatan dan tidak lupa mengambil ubat untuk penyakit kencing manis.

“Dia selalu ingatkan saya perkara berkenaan, saya tidak akan lupakan perbualan itu yang mungkin menjadi kenangan terakhir di antara kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Selamat yang turut berniaga kecil-kecilan berkata, dia berpuas hati dengan pengurusan kerajaan dan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) yang memberikan maklumat setiap minggu kepada waris berhubung misi pencarian pesawat MH370.

“Kami dengar sendiri setiap perkembang­annya, terima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju meneruskan pencarian MH370 dengan melantik sebuah syarikat (Ocean Infinity Limited) baru-baru ini, ia menunjukka­n kerajaan serius mahu merungkai misteri dan memuaskan hati semua pihak terutama keluarga,” katanya.

Berhubung majlis memperinga­ti kejadian MH370 yang dianjurkan waris anak kapal dan penumpang di Publika, Kuala Lumpur hari ini, Selamat yang sudah lama mengidap penyakit kencing manis berkata, dia akan menghadiri­nya sekiranya keadaan kesihatann­ya mengizinka­n.

“Kalau berpeluang hadir saya akan membawa mesej supaya semua waris bersatu dan sentiasa mendoakan kesejahter­aan penumpang serta dipermudah­kan pencarian...ini sahaja saya mahu sampaikan,” katanya.

 ?? Selamat Omar ?? Empat tahun menanti tetapi hingga kini belum ada penemuan kukuh, keluarga boleh menerima hakikat yang dia sudah tiada...cuma masalahnya tiada bukti, di mana bangkainya dan mayat”
Selamat Omar Empat tahun menanti tetapi hingga kini belum ada penemuan kukuh, keluarga boleh menerima hakikat yang dia sudah tiada...cuma masalahnya tiada bukti, di mana bangkainya dan mayat”
 ??  ?? SELAMAT melihat gambar dan keratan akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 empat tahun lepas yang disimpan.
SELAMAT melihat gambar dan keratan akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 empat tahun lepas yang disimpan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia