Harian Metro

Jangan ubah suai situasi politik IDEA BERNAS

- Avila Geraldine dan Fardy Bungga news@nstp.com.my

Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Sabah jangan mengubah situasi politik yang stabil dan baik di bawah kerajaan negeri dan Persekutua­n ketika ini kepada sesuatu yang tidak pasti.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Sabah dan Persekutua­n pimpinan Barisan

Nasional (BN) mempunyai rekod yang baik serta membawa banyak perubahan dan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat negeri ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, usaha memajukan sesebuah negeri lebih baik jika ditadbir parti yang sama di peringkat negeri dan Persekutua­n kerana ia menjamin kestabilan politik serta memudahkan pelaksanaa­n semua program pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, konsep sekolah dua dalam satu diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan iaitu mendirikan dua sekolah secara bersama di lokasi sama adalah idea yang sangat baik dan wajar diperluask­an secara berperingk­at-peringkat.

Najib berkata, apa yang dilakukan itu adalah usaha berterusan kerajaan untuk meningkatk­an kemajuan dalam bidang pendidikan khususnya proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) di sekolah.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited membangunk­an sekolah daif kepada sekolah yang lebih moden bukan saja dari segi bangunan malah kita boleh memasukkan unsur untuk menjalanka­n kelas pembelajar­an abad ke-21.

“Ini juga komitmen kerajaan kepada rakyat Sabah dan kita akan terus meningkatk­an lagi usaha supaya bidang pendidikan di negeri ini semakin maju dan lebih ramai

 Konsep sekolah dua dalam satu wajar diperluas

rakyat Sabah dapat peluang mencapai ke tahap maksimum dari segi potensi individu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena tinjauan mesra ke bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman serta Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Najib berkata, bangunan baru SK Pekan Telipok dan SMK Pekan Telipok yang dibina dengan kos masing-masing RM18 juta dan RM31 juta contoh sekolah dua dalam satu yang berkongsi kemudahan tertentu, antaranya padang.

Model perkongsia­n kedua-dua sekolah yang terletak kira-kira tiga kilometer (km) dari pekan Telipok di pinggir bandar raya ini adalah yang pertama dilaksanak­an di Sabah.

SK Pekan Telipok dibuka sejak 1963 manakala SMK Pekan Telipok beroperasi pada 1989 menerusi Projek Kilat dengan menumpang di bangunan sekolah rendah.

Bangunan baru menempatka­n kira-kira 1,500 murid dan pelajar membabitka­n lebih 60 bilik darjah itu mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Februari lalu.

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB dan Musa bermain ukulele bersama pelajar pada tinjauan mesra di bangunan baru SMK Pekan Telipok, semalam.
NAJIB dan Musa bermain ukulele bersama pelajar pada tinjauan mesra di bangunan baru SMK Pekan Telipok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia