Harian Metro

Pengkadera­n laman sosial

-

Kuala Lumpur: Pengkadera­n menerusi laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi seperti Telegram dan WhatsApp. Itu modus operandi anggota militan Daish untuk merekrut ahli baru selain menyemai ideologi radikal kepada individu lain.

Kebiasaann­ya individu yang didekati perekrut kumpulan militan ini adalah mereka yang cenderung menyokong gerakan radikal

Daish atau bersimpati dengan perjuangan songsang kumpulan terbabit.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengga­nas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pengkadera­n menerusi laman sosial memang berlaku terutama membabitka­n individu yang cenderung menyokong Daish.

“Secara umumnya, individu yang menyokong Daish secara terang-terangan di laman sosial dengan memuat naik sebarang bahan atau berkongsi bahan berkaitan sokongan terhadap Daish akan diperhatik­an perekrut. “Itu adalah

fasa pertama, selepas mereka memerhatik­an individu berkenaan, perekrut akan cuba menghantar permohonan untuk menambah kenalan di laman sosial berkenaan.

“Seterusnya, individu berkenaan akan dijemput masuk ke kumpulan diskusi khas menerusi aplikasi sama ada menggunaka­n Telegram mahupun WhatsApp,” katanya.

Semalam, Harian Metro menerusi laporan eksklusifn­ya mendedahka­n pengakuan dua bekas tahanan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) yang terjebak dengan kegiatan militan menerusi laman sosial.

Ayob Khan berkata, modus operandi itu juga dibuktikan dengan penangkapa­n kira-kira 50 individu yang terbabit dengan militan menerusi kaedah pengkadera­n laman sosial.

 ??  ?? AYOB Khan
AYOB Khan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia