Harian Metro

GILA PEDANG MANHUA

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan am@hmetro.com.my

Minat mendalam seorang lelaki terhadap koleksi pedang dan pelbagai senjata dalam komik keluaran Hong Kong dikenali sebagai manhua menyebabka­n dia sanggup ke negara berkenaan untuk membeli senjata permainan itu.

Ulil Ambri Ismail, 38, juga sudah berhabis lebih RM30,000 demi mendapatka­n komik dan pelbagai senjata permainan dari Hong Kong sebagai koleksi peribadiny­a.

“Saya mula minat membaca komik pada umur 13 tahun. Ketika itu tiada lagi gajet untuk permainan video, jadi komik yang mengisi masa kanak-kanak saya.

“Namun tidak semua komik saya minat kerana saya hanya tertumpu kepada komik keluaran Hong Kong saja.

“Antara komik yang menjadi koleksi saya ialah Pedang Setiawan, Juara Wira, Alam Perwira dan Senjata Misteri. Keempat-empat komik ini antara komik keluaran Hong Kong paling laris di Malaysia.

“Namun komik Pedang Setiawan lebih diminati kerana mempunyai keluaran filemnya yang tersendiri iaitu Storm Riders,” katanya.

Menurutnya, sejak 2004, dia mencari koleksi pedang dan senjata terbabit di Malaysia tetapi hanya menjumpai pedang yang kecil selain seni pembuatann­ya tidak begitu menarik.

Pada 2015, dia bertemu seorang lelaki bernama Ken Loo, 60, yang juga pembuat pedang komik keluaran Hong Kong.

“Saya begitu teruja melihat koleksi pedang di rumahnya. Pedang buatannya itu memang sama dengan pedang asal dalam komik.

“Dari segi seni, warna dan bentuk pedang itu sangat menarik. Sejak itu saya mula mendapatka­n koleksi pedang daripadany­a.

“Selain Ken, saya juga mengenali seorang lelaki bernama Tony dari Sabah. Saya juga membeli pedang daripadany­a untuk tambahan koleksi saya,” katanya.

Bagaimanap­un, Ambri menjelaska­n, mengumpul komik dan koleksi pedang serta senjata bukan sekadar hobi semata-mata, malah ia

Ulil Ambri berhabis RM30,000 kumpul

komik, senjata dari Hong Kong

menjadi perniagaan pada masa kini.

“Mana tidaknya komik Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing yang mempunyai 667 episod dijual pada harga RM4,000 ke atas.

“Bagi jualan pedang di laman sosial pula, harga sebilah pedang hanya RM150 saja pada mulanya. Namun pengumpul pedang membida harga itu sehingga menjadi RM300.

“Tidak semua koleksi saya akan jual. Jika koleksi pedang yang sama banyak dikumpulka­n, barulah saya akan menjualnya.

“Walaupun pembeli meletakkan harga yang tinggi, tetapi jika pedang itu keluaran terhad, saya tidak akan menjualnya,” katanya.

Bagi Ambri, komik bukanlah sekadar hiburan kerana watak dalam komik itu dijadikan sebagai inspirasi dan semangat untuk dia membuat perancanga­n dalam hidup.

“Kalau kita pernah kalah, tidak semestinya kita akan terus kalah. Itulah antara pengajaran yang membuatkan saya tidak berputus asa dalam hidup,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ULIL Ambri bersama koleksi pedang permainan di rumahnya.
ULIL Ambri bersama koleksi pedang permainan di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia