Harian Metro

SEORANG LAGI DITAHAN

- Nurul Hidayah Bahaudin dan Teoh Pei Ying news@nstp.com.my

Ahli perniagaan didakwa terima wang suapan RM3 juta untuk tutup kes SPRM

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi ahli perniagaan bergelar Datuk dipercayai terbabit menerima wang RM3 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Difahamkan, suspek berusia 64 tahun dikatakan menerima wang itu daripada syarikat pembinaan utama projek berkenaan selepas dikatakan mampu menyelesai­kan siasatan dijalankan SPRM.

Sumber berkata, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM3 juta menerusi empat transaksi tahun lalu.

Difahamkan, pada asalnya suspek meminta RM4 juta sebagai habuan bagi menutup kes dalam siasatan SPRM itu.

Bagaimanap­un, jumlah itu dikurangka­n kepada RM3 juta selepas rundingan.

“Pihak syarikat yang yakin masalah itu mampu diselesaik­an suspek membuat pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai habuan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber berkata, suspek ditahan di sekitar ibu negara kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Suspek adalah individu kedua ditahan SPRM kerana dipercayai menerima wang bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut itu.

Selasa lalu, SPRM menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi di sini, semalam mengesahka­n penahanan dan memaklumka­n pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti untuk membantu siasatan.

Beliau turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman hari ini.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro kelmarin.
LAPORAN Harian Metro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia