Harian Metro

Sime Darby Property lancar projek di Selangor, Johor

-

Kuala Lumpur: Sime Darby Property Berhad bakal melancarka­n kira-kira 1,900 unit kediaman dan komersial dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM1.5 bilion pada separuh kedua tahun ini.

Pengarah Urusannya Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, antara projek yang akan dilancarka­n itu di sekitar Selangor dan Johor.

Katanya, kumpulan juga optimis untuk mencapai jualan RM2 bilion bagi tahun kewangan 2018 terutama disumbangk­an oleh pengenalan projek baru terbabit.

“Syarikat akan memberi lebih tumpuan kepada pelancaran hartanah bertanah sederhana di perbandara­n Bandar Elmina, Bandar Bukit Raja dan Serenia City di Selangor serta Bandar Universiti Pagoh di Johor.

“Kami juga berusaha mengurangk­an inventori yang tidak terjual melalui promosi dan kempen jualan yang aktif,” katanya pada taklimat media, di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menumpukan kepada hartanah mampu milik dalam segmen pasaran yang sesuai terutamany­a hartanah bertanah dan bahagian pertumbuha­n utama dari segi lokasi, tempat dan produk.

Setakat 31 Disember 2017, Sime Darby Property memiliki 8,394.39 hektar tanah yang boleh dimajukan dengan nilai pembanguna­n kasar RM100 bilion.

“Kami kini sedang berbincang dengan rakan kongsi strategik tempatan dan antarabang­sa untuk membangunk­an tanah kami dan hartanah bertanah di mana rakan kongsi ini akan menyediaka­n kepakaran dan pengalaman dalam logistik perindustr­ian dan perdaganga­n,” katanya.

Amrin berkata, jenis hartanah tertentu seperti bangunan tinggi berdepan banyak cabaran dan persaingan dalam pasaran, tetapi pihaknya yakin hartanah bertanah di perbandara­n mendapat permintaan.

“Sebagai contoh, di City of Elmina, Bandar Bukit Raja dan Serenia City di Selangor dan Bandar Universiti Pagoh di Johor, produk kami ditawarkan dalam pelbagai harga dan biarpun segmen bangunan tinggi sedikit mencabar, harga antara RM600,000 dan RM700,000 masih mendapat permintaan tinggi,” katanya.

 ?? Amrin Awaluddin ?? Kami kini sedang berbincang dengan rakan kongsi strategik tempatan dan antarabang­sa untuk membangunk­an tanah kami dan hartanah bertanah”
Amrin Awaluddin Kami kini sedang berbincang dengan rakan kongsi strategik tempatan dan antarabang­sa untuk membangunk­an tanah kami dan hartanah bertanah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia