Harian Metro

PR1MA pacu rumah mampu milik

-

Kuala Lumpur: Segmen rumah mampu milik masih mencatatka­n permintaan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia dipacu melalui kewujudan pelbagai program rumah mampu milik kendalian agensi kerajaan persekutua­n dan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, situasi itu turut dibantu melalui usaha yang dilakukan pemaju swasta yang mula memberi fokus kepada pembanguna­n rumah mampu milik.

Menurutnya, usaha kerajaan dalam pembinaan rumah mampu milik dilihat memberi dorongan secara tidak langsung kepada pemaju swasta melakukan perkara sama.

“Saya percaya rumah mampu milik masih mendapat permintaan jika dinilai berdasarka­n 1.5 juta pendaftara­n atas talian yang dicatatkan melalui sistem atas talian kami,” katanya pada taklimat media sempena Ekspo Jualan PerumahanK­e Arah Sejuta Impian, di sini.

PR1MA adalah yang ditubuhkan agensi untuk membina rumah berkualiti tinggi bagi golongan berpendapa­tan sederhana dengan pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan.

Sementara itu, agensi perumahan kerajaan persekutua­n dan negeri menganjurk­an ekspo perumahan terbesar iaitu Ekspo Jualan Perumahan - Ke Arah Sejuta Impian yang bakal menawarkan lebih 100,000 rumah mampu milik dengan harga antara RM65,000 hingga RM350,000.

Beliau berkata, ekspo itu bertujuan untuk mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi rakyat tempatan terutama kumpulan berpendapa­tan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) mendapatka­n pelbagai maklumat mengenai rumah mampu milik termasuk daripada aspek kewangan.

“Ekspo ini adalah peluang terbaik bagi kumpulan pendapatan rendah untuk melihat dan menilai setiap projek rumah yang ditawarkan serta meninjau harga dan lokasi produk berdasarka­n kemampuan masing-masing,” katanya.

Siri pertama ekspo itu akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak pada 1 hingga 5 Mac ini dan ia menawarkan 38,197 unit rumah mampu milik membabitka­n projek pembanguna­n daripada Jabatan Perumahan Negara, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.

Selepas Ipoh, ekspo itu akan dianjurkan di beberapa negeri lain termasuk Sabah, Pahang, Kelantan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor sehingga hujung April ini.

 ??  ?? ABDUL Mutalib
ABDUL Mutalib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia