Harian Metro

SAMPAI HATI TAK TOLONG

- Agensi

 Lelaki campak wang rayu bantuan

selepas diserang sakit jantung

Seorang lelaki yang diserang sakit jantung di luar sebuah stesen kereta api yang sibuk di utara China terpaksa mencampak wang tunai bagi meminta bantuan selepas rayuannya tidak dihirau orang ramai.

Lelaki yang dikenali sebagai Li itu dilaporkan diserang penyakit jantung di luar stesen kereta api Shijiazhua­ng di wilayah Hebei pada 24 Februari lalu menyebabka­n dia tidak dapat bercakap dan mengambil ubatnya.

Lebih malang lagi, walaupun keadaan di situ sibuk tetapi orang ramai hanya melihat Li dan enggan membantuny­a.

Kerana terdesak, Li mengeluark­an sejumlah wang kertas dan mencampak kepada orang ramai supaya mereka membantuny­a.

Bagaimanap­un, Li bernasib baik apabila seorang anggota polis, Lin Xiangshen melihatnya duduk dengan mulutnya mengeluark­an darah serta memegang wang.

Rakaman video pada kamera di badan Lin menunjukka­n anggota polis itu membantu Li memakan ubatnya sebelum menghubung­i pasukan paramedik.

Lin memberitah­u, ketika kejadian dia membuat rondaan sebelum melihat lelaki berkenaan dalam keadaan duduk sambil mencampak wang tunai.

“Pada mulanya saya menyangka dia mabuk tetapi terkejut apabila melihat mulutnya mengeluark­an darah.

“Saya juga melihat dia memegang botol ubat di tangan kanannya dan wang di tangan kirinya,” katanya.

Menurutnya, keadaan lelaki itu bertambah baik selepas mengambil ubat itu dan dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Lelaki itu memberitah­u tiada siapa yang mahu membantuny­a ketika dia diserang sakit jantung menyebabka­n dia mengeluark­an wang untuk menarik perhatian orang ramai,” jelasnya.

Tambahnya, dia memang mengalami masalah jantung dan sudah menjalani beberapa rawatan serta pembedahan sebelum ini.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n lelaki itu
dengan mulut mengeluark­an darah mencampak wang bagi
meminta bantuan selepas diserang sakit jantung. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n lelaki itu dengan mulut mengeluark­an darah mencampak wang bagi meminta bantuan selepas diserang sakit jantung. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia