Harian Metro

AS, Jerman mahu Syria bertanggun­gjawab

-

Berlin: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Canselor Jerman, Angela Merkel dalam satu perbualan telefon bersetuju bahawa rejim Syria perlu dipertangg­ungjawabka­n atas keganasan di Ghouta Timur, kata Berlin semalam.

Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju untuk mendesak Russia menamatkan pembabitan dalam operasi mengebom wilayah berkenaan dan mendesak Presiden Syria, Bashar al-Assad menghentik­an serangan terhadap lokasi awam.

“Rejim Bashar mesti dipertangg­ungjawabka­n atas serangan di Ghouta Timur dan krisis kemanusiaa­n di wilayah yang dikepung itu.

“Ini termasuk penggunaan senjata kimia oleh tentera rejim, serangan terhadap orang awam dan menghalang penghantar­an bantuan kemanusiaa­n.

“Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mendesak Syria dan sekutunya iaitu Russia dan Iran mematuhi resolusi Majlis Keselamata­n berhubung gencatan senjata di wilayah itu,” kata Berlin dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitah­u, seramai 84 pesakit termasuk kanak-kanak adalah keutamaan pemindahan perubatan di Ghouta Timur.

Mereka adalah

antara 1,000 penduduk yang sakit dan cedera di wilayah itu yang perlu mendapatka­n rawatan segera.

Sehingga kini bantuan kemanusiaa­n masih gagal memasuki Ghouta Timur dan tiada penduduk dilapor meninggalk­an wilayah berkenaan akibat pertempura­n sengit yang masih belum berhenti. - Agensi

 ??  ?? SEKUMPULAN pelajar berhimpun di hadapan kedutaan Syria di Jakarta, Indonesia semalam bagi membantah serangan tentera rejim itu ke atas penduduk Ghouta Timur. - EPA
SEKUMPULAN pelajar berhimpun di hadapan kedutaan Syria di Jakarta, Indonesia semalam bagi membantah serangan tentera rejim itu ke atas penduduk Ghouta Timur. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia