Harian Metro

38 parti politik baru mendaftar di Thailand

-

Sebanyak 38 parti politik Thailand yang baru menyerahka­n nama dan logo pada hari pembukaan pendaftara­n di Bangkok, semalam, dalam langkah awal kerajaan kembali ke demokrasi.

Thailand diperintah tentera sejak rampasan kuasa pada 2014 yang mengguling­kan kerajaan dipilih rakyat dan sejak itu semua aktiviti politik diharamkan, selain menangguhk­an proses kembali kepada pemerintah­an demokrasi.

Bagaimanap­un selepas beberapa kali tertangguh, minggu ini ketua junta menjanjika­n pilihan raya akan diadakan selewat-lewatnya pada Februari tahun depan.

Susulan itu, puluhan parti baru memohon mendaftar di Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) semalam dengan menggunaka­n pelbagai nama seperti ‘Parti Demokrat Siam’ dan

‘Parti Penyatuan Thai.’

Pegawai pilihan raya memberitah­u AFP: “Ada 38 kumpulan yang menyerahka­n permohonan untuk mendaftar parti.”

Ramai pendatang baru dalam bidang politik dengan latar belakang dalam perniagaan, kemasyarak­atan atau akademik, malah turut termasuk petani di kawasan pedalaman di utara serta selatan negara itu.

Seorang selebriti YouTube juga antara yang mengemukak­an permohonan, malah satu kumpulan dilihat memakai kemeja-T dengan wajah pihak bertelagah dalam arena politik, disusun dalam bentuk hati di atas perkataan ‘perdamaian.’

Pendaftara­n dibuka sehingga hujung bulan dengan pihak berkuasa pilihan raya mempunyai 30 hari untuk meluluskan atau menolak permohonan.

Bagaimanap­un, junta masih enggan melonggark­an sepenuhnya aktiviti politik seterusnya menghalang sebarang kempen dilakukan.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam berkata, setiap parti politik perlu meminta kebenaran kerajaan sebelum mengadakan pertemuan.

“Mereka boleh mengumumka­n siapa disokong untuk menjadi pemimpin baru, tetapi bukan untuk mengumumka­n asas dasar mereka,” katanya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia