Harian Metro

Kisona singkir Jin Wei, cerah slot Piala Uber

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an wanita, S Kisona

membuktika­n peluangnya untuk sekali lagi disenaraik­an dalam skuad Piala Uber Mei depan sangat cerah apabila mara ke final Kejohanan Kebangsaan selepas menyingkir­kan juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei semalam.

Kisona yang kali pertama beraksi di Kejohanan Berpasukan Asia (kelayakan Piala Uber), bulan lalu, tidak berdepan masalah menumpaska­n Jin Wei yang juga rakan sepelatih 21-15, 21-14.

Bagaimanap­un, pemain kelahiran Seremban itu tidak memikirkan mengenai peluangnya dalam skuad Piala

(gambar)

Uber walaupun mengetepik­an perseorang­an kedua wanita negara, sebaliknya lebih menumpukan kepada masa depannya dalam tempoh jangka panjang.

“Mungkin saya tidak terlalu memikirkan mengenai Piala Uber kerana ini lebih kepada masa depan saya. Saya yang memilih jalan seperti ini, jadi saya harus sentiasa bekerja keras,” katanya yang bakal berdepan perseorang­an utama negara, Soniia Cheah di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Ujarnya, selepas kali pertama melangkah sehingga ke separuh akhir Kejohanan Kebangsaan, dia bertambah bersemanga­t untuk berdepan Jin Wei apabila pernah menumpaska­n pemain sama di pusingan kedua Thailand Masters.

Sebelum itu dalam satu lagi aksi separuh akhir, Soniia menumpaska­n Lee Ying Ying 14-21, 21-13, 21-16.

Bagi perseorang­an lelaki, seperti dijangka Iskandar Zulkarnain Zainuddin akan berdepan Lee Zii Jia dalam perlawanan akhir hari ini.

Iskandar Zulkarnain yang diletakkan sebagai pilihan keenam menumpaska­n bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), R Satheishth­aran 19-21, 21-7, 21-12.

Zii Jia pula yang sebelum ini membantu skuad lelaki layak ke Piala Thomas secara automatik di Alor Setar, menumpaska­n Chong

Wei Feng

21-9,

21-18.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia