Harian Metro

SYAZRAS KAKI PECUT

-

 Selain hebat di litar, anak kepada legenda permotoran negara,

Shahrol Yuzy turut lincah di trek sejak sekolah rendah

cikgu melihat saya mempunyai bakat, dia terus memilih saya untuk mewakili sekolah.

“Ketika itu, acara tumpuan saya adalah 110 meter lari berpagar dan mewakili sekolah sehingga ke

peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). “Hanya tahun ini saya baru bertukar ke acara octatlon yang membabitka­n lapan acara iaitu 100 meter, 110 meter lari berpagar, 400 meter, 1,500 meter, lompat tinggi dan lompat jauh, lontar peluru serta rejam lembing.

“Saya bertukar acara atas nasihat cikgu kerana dia nampak bakat saya boleh bermain di semua acara itu,” katanya. Jelas Syazras, dengan terbabit di dalam sukan olahraga, ia secara tidak langsung membantuny­a mengekalka­n tahap kecergasan sebagai persiapan untuk berlumba.

“Memang ia sangat membantu saya ketika di beraksi di atas litar,” katanya.

Syazras mengakui, Shahrol Yuzy yang lebih mesra disapa papa adalah individu yang sering mendorongn­ya untuk berjaya, baik dalam sukan olahraga mahupun permotoran.

“Papa selalu beri nasihat supaya saya tidak mudah berputus asa selain perlu mempunyai kekuatan mental yang kuat. Kadang-kadang rasa tertekan juga sebab ramai orang mengenali papa.Tapi dia sering beritahu saya jangan terlalu memikirkan mengenainy­a, sebaliknya saya perlu fokus kepada diri sendiri,” katanya.

Meskipun mempunyai bakat dalam sukan olahraga, Syazras berkata, dia mahu serius dan memberi lebih tumpuan kepada sukan dua roda.

“Saya tidak fikir mahu terlalu serius dalam sukan olahraga kerana minat saya lebih kepada sukan permotoran,”

katanya.

 ??  ?? SYAZRAS bersama pasukannya di dalam sukan permotoran. SELAIN berbisa di litar, Syazras (kanan) turut menyengat dalam acara olahraga. AKSI Syazras dalam sukan permotoran dua roda.
SYAZRAS bersama pasukannya di dalam sukan permotoran. SELAIN berbisa di litar, Syazras (kanan) turut menyengat dalam acara olahraga. AKSI Syazras dalam sukan permotoran dua roda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia