Harian Metro

Barca sukar terima hakikat

-

Las Palmas: Kapten Barcelona Andres Iniesta mengakui pasukannya sukar menerima hakikat seri 1-1 kepada pasukan Las Palmas semalam selepas dua keputusan pengadil tidak memihak pendahulu La Liga itu.

Pengadil perlawanan Antonio Mateu Lahoz tidak mengambil tindakan terhadap penjaga gol tuan rumah Leandro Chichizola memegang bola ketika keluar daripada kawasannya pada babak akhir separuh masa kedua yang sepatutnya menyebabka­n penjaga gol Argentina itu dibuang padang.

Pengadil itu terus mencetuska­n kemarahan pasukan pelawat apabila memberikan Las Palmas penalti awal pada separuh masa kedua selepas bola terkena lengan Lucas Digne, membolehka­n Jonathan Calleri memadamkan jaringan hasil sepakan percuma Lionel Messi sebelum itu.

Keputusan seri itu membolehka­n Barca hanya mendahului lima mata berbanding pencabar terdekatny­a, Atletico Madrid sebelum perlawanan menentang anak buah Diego Simeone di Nou Camp awal pagi Isnin.

“Saya sentiasa katakan tugas pengadil memang sukar, tetapi pada separuh masa pertama, kami menyaksika­n dengan jelas penjaga gol mereka menyentuh bola dan ini membuatkan kami tersinggun­g,” kata Las Palmas.

“Las Palmas mempamerka­n aksi hebat hari ini dan kami kelihatan tumpul pada babak akhir perlawanan untuk menewaskan mereka.

“Namun, kami masih di puncak liga biarpun kelebihan kami semakin berkurang dan keputusan ini tidak akan mengubah mentaliti kami.”

Malah, sebaik wisel penamat berbunyi pemain gantian Barca, Gerard Pique berlari ke arah pengadil perlawanan dalam keadaan marah dan terpaksa dihalang, begitu juga jurulatih Ernesto Valverde yang turut hilang sabar apabila Chichizola terlepas hukuman.

“Penalti itu memang mengejutka­n kami apabila melihat bagaimana ia diberikan,” kata Valverde.

“Kami rasa mereka menyamakan kedudukan dengan penalti ‘ghaib’, mereka semakin kuat selepas itu dan kami kelihatan tergesa-gesa.” - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia