Harian Metro

WENGER MAKIN PANIK

- AFP

 Gesa anak buah kembali

cari rentak kemenangan

London

Pengurus Arsenal Arsene Wenger menggesa pemainnya supaya membuktika­n mereka mampu menepati standard kelab itu selepas kali kedua tewas kepada Manchester City 0-3 dalam tempoh lima hari semalam.

City melonjak 16 mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas menjulang gelaran pertama dalam era Pep Guardiola menerusi final Piala Liga Ahad lalu, di mana pasukan pelawat menjaringk­an tiga gol dalam tempoh 33 minit pertama ketika Arsenal sekali lagi kacau-bilau di depan penyokong sendiri di Stadium Emirates.

Jaringan Bernardo Silva, David Silva dan

Leroy Sane memberikan kekalahan ketiga berturut-turut buat Arsenal yang menyebabka­n mereka ketinggala­n 10 mata daripada kelompok empat teratas Liga Perdana di tangga keenam.

Malah ia malam yang mahu dilupakan Gunners selepas penalti separuh masa kedua daripada pemain termahal kelab yang dibeli pada harga £56 juta (RM303 juta) iaitu Pierre-Emerick Aubameyang berjaya diselamatk­an Ederson.

“Anda pergi menaiki tangga dan turun dengan lif, itulah yang berlaku kepada keyakinan anda,” kata Wenger.

“Kita perlu buktikan bahawa tahap permainan kita layak berada di kelab Arsenal.”

Bagaimanap­un jurulatih Perancis itu sekali lagi menerima hakikat bahawa kemungkina­n tempoh 22 tahun beliau sebagai pengendali akan berakhir dengan kesedihan.

“Saya yakin tiada yang kekal dalam hidup ini,” kata Wenger.

“Ia bergantung kepada tindak balas anda dan fokus serta kesungguha­n untuk mengubah nasib pasukan.”

Cuaca di bawah paras beku dan aksi hambar Arsenal di Wembley Ahad lalu menyaksika­n ribuan tempat duduk tidak berpenonto­n di Stadium Emirates.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia