Harian Metro

Reds waspada muslihat Benitez

-

Liverpool: Liverpool berdepan ujian getir daripada bekas pengurus mereka Rafa Benitez yang akan kembali ke Anfield bersama Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad.

Skuad Jurgen Klopp ternyata mempunyai keyakinan tinggi, selepas seketika berada di tangga kedua apabila menewaskan West Ham 4-1 Sabtu lalu sebelum Manchester United kembali memintas mereka dengan kemenangan ke atas Chelsea sehari kemudian.

Kemenangan terkini di Anfield membuktika­n aksi bola sepak hebat Liverpool di bawah kendalian Klopp musim ini, menjaringk­an 103 gol dalam 40 perlawanan semua kejohanan.

Sejumlah 66 daripadany­a dikongsi menerusi gandingan tiga pemain utama iaitu Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Liverpool sewajarnya menyedari bahawa bekas pengurus mereka Benitez tahu bagaimana membentuk pasukan yang mampu mengecewak­an lawan. Liverpool pastinya bimbang terjebak dalam kesilapan seperti yang pernah dialami ketika kalah 0-1 kepada

Swansea,

22 Januari lalu.

>>Liverpool menjaringk­an 103 gol dalam 40 perlawanan semua kejohanan musim ini

Pada ketika ini pengurus Swansea Carlos Carvalhal membayangk­an Liverpool sebuah kereta Formula Satu yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, merujuk kepada bagaimana pemainnya bekerja keras untuk menghalang Salah, Firmino dan Sane.

Skuad Klopp menjaringk­an 18 gol dalam enam perlawanan selepas itu, namun kedua-dua pengurus dan pemain menyedari Newcastle juga mampu memberikan impak serupa.

“Ia perlawanan yang amat penting bagi semua dan saya fikir semua orang menantikan perlawanan itu,” kata pemain tengah Liverpool Emre Can.

“Saya fikir kami mempunyai asas yang baik untuk mengakhiri musim ini. Kami di tangga ketiga Liga Perdana, masih dalam kedudukan Liga Juara-Juara dan saya fikir kami berada dalam kedudukan yang baik.

“Setiap perlawanan bagaikan final. Kami perlu memberi tumpuan perlawanan satu demi satu dan Sabtu ini, pastinya perlawanan yang mencabar menentang Newcastle.”

-AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia