Harian Metro

IBRAHIMOVI­C KEMBALI Infantino tetap mahu guna sistem VAR

- AFP

 Penyerang sensasi mahu beraksi di Piala Dunia Russia

Penyerang veteran Sweden Zlatan Ibrahimovi­c memberi bayangan akan kembali ke kancah bola sepak antarabang­sa untuk Piala Dunia di Russia.

Pemain Manchester United berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan sepanjang tempoh setahun dan bersara daripada tugas bersama Sweden selepas Euro 2016.

“Saya rindukan pasukan kebangsaan,” katanya kepada media Sweden. “Jika saya mahu, saya akan lakukannya. Saya yakin mampu memberikan persembaha­n terbaik.”

Bekas bintang Paris Saint-Germain itu hanya beraksi dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini untuk skuad United kendalian Jose Mourinho, di mana perlawanan terakhirny­a menyaksika­n dia digantikan pada separuh masa kedua ketika seri 2-2 dengan Burnley pada Disember.

Sweden layak tanpa kehadiran Ibrahimovi­c menerusi Zurich: Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabang­sa (IFAB) dijangka mengeluark­an keputusan muktamad hari ini sama ada penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam sukan itu boleh diteruskan atau sebaliknya.

Ramai pihak yang terbabit dalam merangka dasar bola sepak berasa keputusan mengenai VAR memberikan kesan asas kepada bola sepak seperti yang sudah berlaku dalam beberapa ujian di beberapa kejohanan.

Presiden Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), Gianni Infantino adalah penyokong tegar VAR dan sudah berjanji akan menggunaka­n teknologi berkenaan dalam Piala Dunia Russia jika mendapat kelulusan IFAB.

Infantino berkata VAR akan melenyapka­n semua kontrovers­i seperti yang terbukti dalam keputusan pengadil ketika memberikan penalti kepada kemenangan 1-0 ke atas juara dunia empat kali Itali, dalam dua aksi playoff November lalu.

Ibrahimovi­c menjaringk­an 62 gol dalam 116 penampilan­nya bersama Sweden.

Pasukan Scandinavi­a itu memulakan kempen Piala Switzerlan­d ketika pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Ireland Utara November lalu.

Infantino juga menguatkan dakwaan dengan mengakui ada penguranga­n kesilapan pengadil membuat keputusan jika VAR diguna pakai.

Namun ada juga persoalan mengenai keberkesan­an pelaksanaa­nnya yang dikatakan kerap menjejaska­n tumpuan dalam bola sepak.

Dalam beberapa kes sebelum ini, pemain didapati terpinga-pinga menunggu keputusan pengadil sama ada diberi penalti atau tidak dan kemudian diberikan sepakan percuma menyebabka­n timbul kekecohan dan bantahan.

Dalam kes lain pula, seluruh stadium meraikan gol yang dijaringka­n manakala keputusan sudah diuar-uarkan menerusi laman web, namun selepas merujuk VAR, pengadil kemudian membatalka­n gol berkenaan. Dunia berdepan Korea Selatan di Nizhny Novgorod pada 18 Jun, sebelum perlawanan lain Kumpulan F menentang juara bertahan Jerman dan Mexico.

“Bagi saya ia keputusan negatif, pemain tidak akan berpelukan untuk meraikan jaringan seperti lazimnya, mereka sebaliknya akan merenung tepat ke arah pengadil untuk menunggu keputusan,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi.

“Ia akan meragut perasaan seronok daripada kita semua dan penyokong. Ia melenyapka­n keseronoka­n daripada bola sepak.”

Tahun lalu, sebelum tempoh percubaan dilaksanak­an, IFAB pernah menegaskan bahawa VAR akan ‘mengurangk­an campur tangan, tetapi memberi impak maksimum’ apabila dilaksanak­an kelak.

Menurut protokol IFAB, VAR hanya akan diguna untuk membuat keputusan mengenai sesuatu jaringan, penalti, layangan kad merah dan rujukan ke atas identiti pemain yang didapati mengeliruk­an.

Seorang pengadil ditugaskan memantau semua elemen di atas menggunaka­n alat komunikasi untuk interaksi dengan pengadil bertugas di atas padang.

Jika ada keputusan yang pelik insiden seperti itu segera dirujuk kepada pengadil yang mengendali­kan VAR.

Pengadil di atas padang juga dibenarkan melihat rakaman insiden berkenaan menerusi monitor yang disediakan di tepi padang.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin pula berkata VAR memerlukan masa lagi untuk dilaksanak­an sepenuhnya dan memberi jaminan bahawa teknologi itu tidak akan diguna pakai dalam kempen Liga Juara-Juara musim depan walau apapun keputusan dibuat IFAB esok.

“Bagi saya, masih banyak kekeliruan berlaku dari semasa ke semasa. Tetapi itu tidak bermakna saya menentang penggunaan­nya,” katanya. Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia