Harian Metro

PULIH SEMANGAT GERGASI MERAH

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Selangor mahu menjadikan perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang MOF FC esok sebagai ‘pemulih semangat’ sebagai persiapan berdepan Perak dalam perlawanan Liga Super pada 11 Mac depan.

Selepas mengalami kekalahan berturut-turut kepada Terengganu (1-4) dan Pahang (1-3), jurulatih, P Maniam mengakui moral anak buahnya agak menurun serta memerlukan ‘penawar’ untuk mengembali­kan keyakinan mereka.

“Pemain memerlukan suntikan motivasi untuk kembali bangkit. Justeru, saya anggap perlawanan menentang MOF ini adalah gelanggang terbaik untuk mereka melakukann­ya. Kemenangan dalam perlawanan itu kelak sangat penting, bukan saja untuk kami meneruskan saingan dalam Piala FA malah mampu memulihkan semangat pemain.

“Kami akan berdepan Perak selepas ini yang sudah pasti menjanjika­n satu lagi perlawanan yang sukar. Saya mahu pemain turun menghadapi pasukan itu dalam keadaan bersedia serta bersemanga­t tinggi,” kata Maniam.

Begitu pun jurulatih itu tidak memandang rendah keupayaan MOF sambil mengingatk­an anak buahnya supaya jangan mengambil mudah walaupun kelab itu sekadar berstatus pasukan Liga FAM.

“Kalau kami kalah perlawanan ini, ia akan membawa kesan lebih besar ke atas pasukan. Oleh itu, saya harap pemain memberi tumpuan 100 peratus untuk memenangin­ya.”

Maniam mengakui beliau akan membuat sedikit rombakan dan formasi permainan bagi meningkatk­an prestasi pasukan terutama dalam aspek menyerang serta bertahan.

Berdasarka­n perlawanan persahabat­an menentang UKM FC baru-baru ini, pemain import dari Sepanyol, Alfonso de la Cruz mungkin beralih ke posisi pertahanan tengah selepas persembaha­n tidak meyakinkan sebagai pemain tengah bertahan ketika menentang Pahang.

Maniam ternyata kecewa dengan persembaha­n pemain itu sehingga mengambil keputusan mengeluark­annya pada minit ke-32, diganti pemain import Indonesia, Ilham Udin Armaiyn.

“Kekalahan kepada Pahang itu menunjukka­n bahawa kami perlu meningkatk­an aspek menyerang serta bertahan. Saya tidak mahu menyalahka­n mana-mana pemain sebaliknya menjadi tanggungja­wab saya untuk memperbaik­i sebarang kelemahan,” katanya.

 Aksi menentang MOF FC persiapan terbaik Selangor hadapi Bos Gaurus

 ??  ?? AKSI pemain Selangor, Amri Yahyah (kanan) ketika menentang Pahang.
AKSI pemain Selangor, Amri Yahyah (kanan) ketika menentang Pahang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia