Harian Metro

Red Warriors mara pusingan ketiga

- Hasbullah Ibrahim sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Kelantan layak ke pusingan ketiga selepas mengatasi Terengganu City FC (TCFC) 2-0 pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, semalam.

Tanpa kelibat import dari Korea Selatan, Do Dong Hyun tidak menjejaska­n gerakan awal skuad pengendali sementara, Yusri Che Lah.

Malah, The Red Warriors (TRW) terlebih dahulu membuat percubaan berbahaya dari luar kawasan penalti seawal minit ke-2 menerusi import dari Lubnan, Mohammad Ghaddar, namun dapat diselamatk­an penjaga gol pelawat, Muhamad Muslim Yusoff.

TRW hampir mendahului lawan pada minit ke-13 menerusi percubaan Mohd Nor Farhan yang hampir memerangka­p penjaga gol TCFC, Muhamad Muslim.

Akhirnya buruan gol TRW terhasil pada minit ke-24 selepas Cassio Francisco menanduk masuk bola sepakan percuma Mohd Badhri Radzi untuk menewaskan Muhamad Muslim.

The Shark membuat percubaan menerusi sepakan deras Mohd Hafiszuan Salehuddin minit ke- 34, namun gagal membolosi gawang tuan rumah. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama permainan.

Bersambung babak kedua, TRW mencipta deretan peluang dalam usaha menambah gol menerusi sepakan Mohammad Ghaddar

pada m-63 dan tolakan Ferdinand Sinaga pada minit ke-64, namun tersasar.

Yusri membuat pertukaran taktikal menggantik­an Ferdinand Sinaga dengan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Shafiq Shaharudin berjaya mengimbang­i kekuatan pelawat.

TRW memperoleh­i gol kedua menerusi rembatan jarak jauh Shafiq pada minit ke-73 menewaskan penjaga gol pelawat, sekali gus menutup

(gambar)

peluang TCFC untuk mara lebih jauh. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia