Harian Metro

Bola sepak kita ikut ‘drama’ EPL?

-

bola sepak Malaysia boleh bersaing dengan Liga Perdana Inggeris atau EPL. Situasi yang timbul begitu awal musim bola sepak Malaysia 2018 sudah setanding dengan bahan pemasaran bola sepak di England.

Pasukan Kelantan sudah memecat jurulatih Sathit Bensoh selepas tiga perlawanan, sekali gus memadamkan persiapan pramusim. Persiapan pramusim yang paling penting untuk mewujudkan persefaham­an taktikal, mengemaska­n aspek teknikal dan membina ketahanan serta kekuatan fizikal.

Sekali gus, jangkamasa minimum enam minggu dipadamkan kerana keputusan tidak memberangs­angkan. Seterusnya, pasukan Kelantan terpaksa memperbaik­i sesuatu yang akan memakan lebih banyak masa. Apa punca pemecatan Sathit Bensoh?

Adakah Sathit yang membuat pemilihan pemain asing kerana jelas Ferdinand Sinaga, Cássio serta Bruno Lopes sekadar pemain sederhana saja. Adakah ketiga-tiga pemain itu dipilih atas dasar mengisi slot pemain asing atau kerana jauh lebih bagus berbanding pemain tempatan?

Adakah Mohammed Ghaddar kembali ke Kelantan kerana sentimen selepas prestasi menurun pada permulaan musim ini?

Pasukan Negeri Sembilan juga mengikut jejak langkah Kelantan dengan memecat Jorg Steinebrun­ner yang dilantik sebagai jurulatih selepas menggalas tugas sebagai pengarah teknikal.

Mengikut drama yang membabitka­n pemecatan dua jurulatih, maka Liga Malaysia sudah berada di tahap Liga Perdana Inggeris di mana pemecatan jurulatih menjadi tajuk perbualan dan kita sedia tahu EPL dahagakan berita tragis.

Kalau kita imbas kembali, Frank De Boer dipecat Crystal Palace pada awal musim 2017/2018. Selepas gagal mengutip mata daripada empat perlawanan pertama, maka jurulatih Belanda itu dibuang kerja.

Kita juga kehilangan seorang pemain asing yang terhandal di Liga Malaysia selepas Jorge Pereyra Diaz meninggalk­an pasukan JDT. Pereyra Diaz yang menjadi ikon sejarah pasukan JDT sudah mewarnai Liga Malaysia dan kini pemain yang mempunyai karakter tersendiri itu menjadi satu kehilangan yang besar.

Penyerang yang ‘genuine talent’ tidak selalu hadir di Malaysia. Memang pemain ini tiada pesaing. Lihat sajalah betapa tumpul serta terhad Gilmar yang mewakili pasukan Perak

Arsenal kehilangan penyerang dari Chile, Alexis Sanchez yang berhijrah ke Manchester United. Apakah keuntungan pasukan dari Old Trafford? Setakat ini belum kelihatan impak Sanchez dan ini menimbulka­n persoalan falsafah permainan yang diamalkan.

Pada hujung minggu lalu kita dapat melihat bagaimana pengurus pasukan Arsenal dicaci kerana tewas di final Piala EFL. Arsenal dibelasah Manchester City, sekaligus Arsene Wenger berada di dalam keadaan tertekan.

Peminat serta penyokong Arsenal berpendapa­t Wenger sudah tidak layak mengendali­kan pasukan dari London itu.

Sekiranya, Manchester City tewas pada final itu, maka Pep Guardiola akan menjadi mangsa penyokong dan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Daripada perbelanja­an yang lumayan sehingga falsafah bola sepak akan menjadi senjata terhadap Pep Guardiola. Segala sejarah dan pencapaian bersama Barcelona dan Bayern Munich akan diperkatak­an sebagai lumrah kerana mempunyai antara pemain terbaik di dunia.

Tetapi, EPL memang hidup di atas dasar hype serta gosip dan kita sudah melihat bagaimana bolasepak Malaysia mengikut jejak langkah yang sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia