Harian Metro

PELUANG SEKAT DOMINASI JDT

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

 Penyu perlu ambil kesempatan ‘kepincanga­n’ pasukan lawan

Krisis yang melanda Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini dilihat memberi harapan kepada pasukan lain dalam usaha menamatkan dominasi juara Liga Super empat kali itu.

Walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan penguasaan skuad Harimau Selatan itu bakal berakhir musim ini, peluang untuk melakukan kejutan itu disifatkan sudah terbuka.

Kekalahan tiga kali berturut-turut pada aksi di tempat lawan dan pemergian jurulatih, Ulisses Morais serta penyerang prolifik, Jorge Pereyra Diaz menjadi krisis pasukan itu musim ini.

Pasukan yang mampu memanfaatk­an kesempatan itu adalah Terengganu yang kini hanya ketinggala­n satu mata di belakang JDT dan bakal melayan kunjungan mereka pada aksi di Kuala Terengganu, 10 Mac ini.

Pengendali­nya, Irfan Bakti Abu Salim optimis musim ini menjadi detik paling sesuai untuk menafikan kejuaraan liga buat JDT selepas pasukan bimbingann­ya itu belum lagi tewas dalam empat perlawanan setakat ini.

“Bukan setakat Terengganu yang mahu menghentik­an penguasaan JDT, tapi ada lagi pasukan lain seperti Pahang dan juga PKNS FC.

“Seseorang perlu mengambil cabaran dan saya rasa kita akan menjadi pencabar kepada mereka. Tidak masuk akal untuk satu pasukan meraih kejuaraan liga untuk empat musim berturut-turut,” katanya.

Masalah yang membelengg­u JDT mungkin menyaksika­n saingan liga berlangsun­g lebih sengit, namun Irfan mengakui pasukan selatan tanah air itu tetap menjadi lawan yang perlu ditewaskan.

“Mereka masih memiliki pemain yang baik dan kebanyakan­nya beraksi untuk skuad kebangsaan.

“JDT masih menjadi pasukan yang perlu ditewaskan, tapi kami akan cuba sebaik mungkin untuk memenangi gelaran liga. Peluang masih ada,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Irfan menegaskan pasukannya tidak akan memandang rendah cabaran PJ Rangers dengan mereka akan menurunkan barisan terkuatnya pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang esok.

“Kita ada lebih seminggu untuk bersedia dan saya tidak mahu pemain mengambil mudah perlawanan ini. Saya mahu mereka kekal fokus walaupun kami bakal berdepan aksi penting bertemu JDT selepas ini.

“Mungkin kami belum tewas, tapi baru empat perlawanan. Pemain perlu terus bekerja keras dan tidak boleh berasa selesa,” katanya.

 ??  ?? PENYERANG Terengganu,
Tchetche Kipre (tengah) sandaran utama pasukan robek gawang JDT.
PENYERANG Terengganu, Tchetche Kipre (tengah) sandaran utama pasukan robek gawang JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia