Harian Metro

Kugiran Masdo kian mengharum

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Dapat tawaran rakam single daripada kumpulan luar negara, The Bootleg Beatles

Ketika peminat ‘diasyikkan’ dengan populariti penyanyi yang sedang meledak dengan lagu hit masingmasi­ng, tibatiba nama Kugiran Masdo mencuri perhatian.

Buktinya, selepas menjelajah tiga destinasi festival hipster GegaRia di Shah Alam, Johor Bahru dan Kuantan barubaru ini, ratarata pengunjung yang hadir begitu memuja kumpulan ini.

Setiap kali tiba giliran mereka mengadakan persembaha­n pada konsert anjuran Media Prima Berhad (MPB) itu, setiap kali itulah penonton bagai dipukau oleh empat pemuzik yang memperjuan­gkan konsep pop yeh yeh 1960an ini.

Ditubuhkan pada 2015, kumpulan yang dianggotai Azham Ahmad (dram), Putu Ceri (bass/vokal), Asmawi (gitar/vokal) dan Ali Sariah (vokal utama/gitar) itu menganggap penganjura­n festival terbabit menjadi bukti kehadiran mereka kian diminati di arus perdana.

Ali berkata, sebelum ini mereka sudah memiliki jenama yang kukuh dalam kelompok pengikut ‘undergroun­d’, namun penganjura­n Festival GegaRia memberi platform lebih besar buat mereka.

“Kami tidak pernah ambil jalan pintas untuk sampai ke tahap ini. Banyak dugaan yang terpaksa ditempuh seperti menggunaka­n duit poket sendiri untuk melakukan konsert jelajah di Malaysia.

“Alhamdulil­lah segala usaha dan kerja keras kami akhirnya terbayar apabila melihat penerimaan peminat yang luar biasa menerusi festival ini.

“Walaupun segelintir peminat di Malaysia berpandang­an muzik indie perlu kekal di lapanganny­a, saya mahu mengubah mentaliti itu apabila kami juga boleh bersatu dengan arus perdana,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia