Harian Metro

Manchester City Ghairah Cipta Sejarah

-

Ramalan awal sebelum bermulanya musim baru mensasarka­n trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) akan pulang semula ke Manchester, namun berdasarka­n prestasi sekarang pasukan bimbingan Pep Guardiola boleh mencatat kejayaan bukan sekadar muncul juara liga saja.

Mereka berada di kedudukan terbaik untuk melakukan ‘treble’ seterusnya memahat sejarah tersendiri musim ini, bermula dengan menjulang trofi Piala Liga Ahad lalu, The Citezens juga berada pada kedudukan selesa untuk muncul juara EPL dan mara jauh di Liga Juara-Juara.

Kesungguha­n mereka menumpaska­n Arsenal

3-0 di Wembley dan aksi konsisten dalam saingan liga menimbulka­n rasa keterujaan dalam kalangan pemerhati bola sepak di seluruh dunia mengenai kemampuan City musim ini.

Bekas pengendali Chelsea dan Tottenham Hotspurs, Andre Villas Boas mengakui sendiri bahawa City mempamerka­n aksi luar biasa musim ini dan merasakan mereka sudah meletakkan satu asas untuk membolehka­n kelab berkenaan terus berkuasa dalam tempoh jangka panjang.

“Dalam saingan liga mereka terus berlari meninggalk­an pesaing lain. Mereka juga sudah menjulang trofi Ahad lalu dan permainan bola sepak mereka sangat menakjubka­n.

“Ia mengambil masa setahun buat Guardiola untuk berada pada kedudukan sekarang tetapi cara mereka bermain sangat menakjubka­n.

“Bukan saja itu tapi mereka juga berjaya mencatat keputusan dengan konsisten. Konsisten bermakna mereka turun dalam setiap perlawanan dengan penuh keyakinan tinggi,” katanya.

Turut berkongsi pendapat yang sama ialah bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs apabila mengumumka­n bahawa City adalah satu pasukan luar biasa.

“Saya rasa jika United menduduki tempat kedua dan muncul juara Piala FA atau beraksi cemerlang di Liga Juara-Juara, ia adalah satu musim yang sangat berjaya buat mereka.

“Bagaimanap­un, City sangat menakjubka­n musim ini. United harus melakukan yang terbaik tahun ini,

 ??  ?? OTAMENDI
OTAMENDI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GOARDIOLA
GOARDIOLA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia