Harian Metro

PelE Pujaan Aaron

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia pastinya tidak akan berhenti bercakap mengenai pemain terbaik sepanjang masa seperti Pele.

Begitu juga dengan pelakon asal Singapura, Datuk Aaron Aziz yang mengakui hanya Pele pemain yang diketahui dan disanjungi sehingga kini.

Katanya, kehebatan pemain legenda itu memang tidak dapat diragukan terutamany­a pada zaman kegemilang­annya.

“Bekas pemain Brazil itu adalah satu-satunya pemain yang menjulang tiga Piala Dunia iaitu edisi 1958, 1962 dan 1970.

“Pele juga mencipta pelbagai rekod di Piala

Dunia, antaranya meledakkan gol dan mencipta hatrik pada usia termuda serta pemain termuda yang tampil di pentas final,” katanya.

Aaron berkata, andai Pele masih muda, pencapaian gemilangny­a itu mungkin sukar untuk diatasi.

“Bagi saya, Pele adalah contoh pemain bola sepak terbaik terutama kepada pemain muda.

“Kedudukan Pele sebagai pemain terbaik juga tidak mungkin tergugat walaupun hadirnya pemain ternama pada masa ini.

“Beliau tetap menjadi yang terbaik sepanjang zaman. Bersama Brazil, dia sudah beraksi sebanyak 92 kali dan merekodkan sebanyak 77 jaringan,” katanya yang sudah lama tidak bermain bola sepak.

Kagum dengan usaha Pele yang terus menempa nama dalam bola sepak ketika zaman gemilang, kata Aaron, adalah tidak mustahil untuk orang lain turut menjadikan Pele sebagai idola.

“Beliau memang idola saya dalam sukan bola sepak. Datang daripada keluarga miskin, beliau berusaha memajukan diri dan menunjukka­n semangat ingin berjaya.

“Itu satu pencapaian yang harus dibanggaka­n. Secara keseluruha­nnya termasuk bersama kelab, Pele melakukan 812 penampilan di liga rasmi dengan meledakkan 757 gol,” katanya yang minat dengan sepak takraw, tinju dan petinju seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA).

Mengakui tidak minat bola sepak, dia berkata, tidak mempunyai kelab yang disokong.

“Saya hanya lihat bola sepak sebagai sukan yang mampu menyatupad­ukan masyarakat dan bersukan mengajar kita menepati masa selain sihat tubuh badan.

“Bola sepak adalah sukan terhebat dunia dan ia bukanlah sekadar menyepak, menggelece­k, menanduk, mendada, atau menimang bola sahaja tetapi lebih daripada itu.

“Seperti Pele, beliau seorang pemain bola sepak yang hebat dan mempunyai pengetahua­n asas yang kukuh serta kemahiran yang tinggi, dilengkapi pula dengan sikap positif serta pengalaman yang mencukupi,” katanya yang baru selesai penggambar­an filem polis Operasi X.

Tambahnya, dia juga akan muncul dengan dua lagi filem dan drama Meet The MP musim kedua termasuk meluaskan perniagaan seperti tudung Diyana Halik atau ‘Queen Of Satin’.

Bekas pemain Brazil itu adalah satu-satunya pemain yang menjulang tiga Piala Dunia iaitu edisi 1958, 1962 dan 1970

 ??  ?? COUTINHO
COUTINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia