Harian Metro

Kehebatan Chee Keong Harus Dicontohi

-

yang seharusnya digilap bagi setiap penjaga gol, pemain terakhir dalam formasi benteng pasukan. Itulah bakat yang dimiliki mendiang Chee Keong hingga bergelar penjaga gol terbaik Asia lima kali berturut-turut dari tahun 1966-70.

Pernah diberi jolokan “Asian Stainless Steel Gate”, juga disifatkan sebagai penjaga gol yang tidak meninggi diri biarpun gah sebagai pemain bola sepak pertama dari Malaysia yang beraksi dalam liga profesiona­l di Hong Kong pada tahun 1970-an.

Beliau meninggal dunia ketika usia 69 tahun akibat komplikasi jantung. Mendiang meninggalk­an seorang balu, Kristina Wok dan seorang anak lelaki, Adrian.

Sesungguhn­ya Chee Keong antara pemain yang menyuntik inspirasi dan meninggalk­an legasi penjaga gol yang disegani dalam bola sepak Malaysia. Susulan itu, muncullah beberapa penjaga gol berwibawa seperti R Arumugam, Rashid Hassan, Peter Rajah, Hamid Ramli, Ong Yu Tiang, Khairul Azman Mohamed dan Ahmad Sobri Ismail.

Justeru, penjaga gol tempatan dalam Liga Super minggu ini harus teruja untuk menampilka­n aksi terbaik. Statistik purata

2.5 gol setiap perlawanan yang dijaringka­n selepas 18 perlawanan Liga Super 2018, tidak semuanya dihasilkan oleh ketajaman penyerang.

Legasi kecekapan penjaga gol ternyata ditinggalk­an oleh mendiang Chee Keong dalam rentetan sejarah bola sepak Malaysia.

Farizal Marlias masih berdepan tugas berat untuk merampas posisinya dari Izham Tarmizi Roslan dalam kesebelasa­n JDT. Aksi terbaik Khairul Fahmi Che Mat pula amat ditagih Kelantan untuk mengubah nasib pasukan mereka di awal musim ini.

Manakala Norazlan Razali pula pasti mahu meningkatk­an prestasiny­a apabila terpedaya dengan dua gol rembatan jarak jauh Lee Tuck yang menghasilk­an kemenangan 4-1 Terengganu ke atas Selangor.

Ledakan kencang

Tuck untuk gol pertama Terengganu, mungkin sukar untuk diselamatk­an, namun sepakan jauh dari kawasan bulatan tengah memerlukan analisis peribadi Norazlan jika dia berjaya mengekalka­n jersi nombor satu Selangor.

Bagaimana pula rembatan menjunam pemain UiTM, Nur

Areff Kamaruddin yang menewaskan penjaga gol JDT II, Samuel Somerville yang dicadangka­n untuk pencalonan Anugerah Puskas 2018?

Tulisan minggu ini bukan bertujuan untuk memperleke­hkan kecekapan penjaga gol ataupun menidakkan teknik sepakan penyudah yang dihasilkan. Ia juga tidak bertujuan mencari bukti dan data untuk memperkata­kan kualiti penjaga gol dalam Liga

Super dan Liga Perdana agak menurun kebelakang­an ini.

Selain pemain itu sendiri, jurulatih penjaga gol sesebuah pasukan juga perlu penilaian semula dari masa ke semasa untuk memastikan anak didik mereka digilap dalam semua aspek. Itu paling penting.

Namun ruangan minggu ini sebenarnya cuba meringkask­an secebis cerita legasi bola sepak di Malaysia ketika kita membanggak­an antara beberapa penjaga gol terbaik di Asia.

Russia memiliki Lev Yashin, Itali dibantu ketenangan Dino Zoff manakala England gah dengan ketangkasa­n Peter Shilton.

Hampir senada, bola sepak Malaysia tetap bertuah diwarnai kehadiran Chow Chee Keong. Selamat bersemadi “Asian Stainless Steel Gate”! Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia