Harian Metro

Tunai impian tertunda

-

pensyarah di fakulti muzik UiTM dan sukar untuk aktif menyanyi.

“Saya terbabit mengajar dan banyak buat kerja pentadbira­n. Agak susah untuk saya terbabit dengan penerbitan album dan buat promosi.

“Saya bersara pada tahun lalu dan kini hanya terbabit sebagai pensyarah muzik sambilan di situ. Tak dinafikan ketika bergelar pensyarah lagi, impian saya untuk buat album memang ada,” katanya.

Khairil berkata, pada 2016 dia tampil dengan single berjudul Apa Yang Ku Cari di bawah Universal Music Malaysia, tetapi tidak dapat membuat promosi sepenuhnya kerana terikat dengan karier sebagai pensyarah.

“Terbaru, saya tampil dengan single kedua berjudul Aku Hanya Membisu juga bersama Universal Music Malaysia dan kini barulah dapat buat promosi sepenuhnya.

“Lagu ini berentak pop balada yang memang jadi kekuatan saya. Ia berdurasi empat minit dan tempoh itu perlu kerana setiap lagu saya ada cerita.

“Jika terlalu pendek, apa yang cuba dibawakan takkan sampai kepada pendengar,” katanya yang lebih senang menulis sendiri lirik lagu ciptaannya.

Biarpun terikat dengan kerjaya sebelum ini, Khairil aktif mencipta lagu dan mempunyai koleksi lagu yang banyak.

Mengulas mengenai penerimaan pendengar terhadap lagunya, Khairil mengakui masih mempunyai peminat yang ramai terutama yang meminati Sepasang Kurung Biru.

“Ramai yang bertanya bila saya nak muncul dengan single terbaru dan inilah lagu seperti yang mereka mahukan.

“Saya harap ia diterima kerana komposisi penciptaan­nya sama dengan lagu Sepasang Kurung Biru. Lagu ini sudah dilancarka­n di aplikasi Spotify, iTunes dan Joox pada Disember lalu,” katanya.

Khairil pernah mencipta enam lagu untuk Sharifah Aini iaitu Terbang Helang, Bayangan, Terkenang, Kenangan, Semoga Tak Kecewa Lagi dan Cahayamu Cahayaku.

Dia turut mencipta lagu untuk Allahyarha­m Datuk Sudirman Hj Arshad berjudul Sabarlah Menanti, Dj Dave (Anak Mami dan Aku Tak Kecewa Lagi) serta lagu Gaya Zakri berjudul Kesedaran yang dianggap berjaya melonjakka­n namanya terlebih dahulu berbanding lagu Terbang Helang.

 ??  ?? Ramai yang bertanya bila saya nak muncul dengan single
terbaru dan inilah lagu seperti yang mereka mahukan
Ramai yang bertanya bila saya nak muncul dengan single terbaru dan inilah lagu seperti yang mereka mahukan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia