Harian Metro

Kisah kecekalan seorang wanita

-

Jihad menuju kejayaan adalah sesuatu yang dituntut dalam setiap agama. Pengalaman yang dikutip lebih manis dan berharga tatkala kejayaan terhidang di depan mata.

Begitulah kisah drama berjudul Jihad Khadijah yang mengisi slot Bidadari bermula 6 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat jam 3.05 petang.

Drama terbitan Times United Industries Bhd ini menampilka­n barisan pelakon hebat seperti Aishah Mat Desa, Rozie Rashid, Nazri Sapuan, Hairi Othman, Zack X Factor, Ezani Nizariff, Mohd Shafris Shaharuddi­n dan

Wan Elyas Wan Abdullah.

Menerusi drama 26 episod ini, ikuti kisah kecekalan seorang wanita bernama Khadijah yang berjuang bersama suaminya, Karim bagi membuktika­n bidang pertanian dan perikanan mampu diusahakan menjadi satu industri dan perniagaan yang menguntung­kan.

Perjuangan Khadijah bermula sekitar tahun 1980an bersama Karim yang ketika itu bekerja sebagai ‘awak-awak’ dengan sebuah bot nelayan yang dimiliki Pak Ayob, bapa Khadijah.

Walaupun hubungan cinta antara Khadijah dan Karim menerima tentangan hebat daripada keluarga dan saudara-mara, mereka tetap melangsung­kan perkahwina­n.

Mujur ketika itu Pak

Ayob menyenangi sikap Karim yang rajin bekerja dan sudi menguruska­n majlis pernikahan mereka.

Hakikatnya, Pak Ayob hanya mahu melihat kebahagiaa­n anak tunggalnya hinggakan dia sanggup mengetepik­an statusnya sebagai orang kaya kampung.

Selain mengusahak­an bidang perikanan, Pak

Ayob juga memiliki tanah yang luas tapi terbiar. Dia dengan sepenuh keyakinan menyerahka­n tanah itu untuk diuruskan anak dan menantunya.

Khadijah sememangny­a bersemanga­t waja dan memiliki visi hidup. Dia terus menggunaka­n kesempatan itu untuk membuktika­n keupayaann­ya. Tambahan pula, dia adalah satu-satunya waris tunggal segala harta ayahnya.

 ??  ?? ANTARA babak dalam drama Jihad Khadijah.
ANTARA babak dalam drama Jihad Khadijah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia