Harian Metro

Kediaman ‘barang pecah’

- Susunan Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Rumah milik

pasangan artis dibuka

kepada umum untuk rangsang

daya kreativiti

Kediaman milik pasangan artis Cheri Pann, 76, dan Gonzalo Duran, 72, ini adalah The Mozact Tile House iaitu antara rumah paling menonjol di kawasan penempatan sunyi di Pantai Venice California, Amerika Syarikat.

Sentuhan seni pada perincian rumah terbabit boleh dikatakan unik dan ganjil apabila menggunaka­n pelbagai barang domestik daripada pecahan jubin, porselin hingga peralatan mainan tertanam pada segenap dinding.

Rumah terbabit turut dibuka kepada umum untuk merangsang daya kreativiti dan ternyata ia banyak mendapat reaksi antaranya menyifatka­n rona warna terang mengundang keterujaan.

Maklum balas pengunjung menyifatka­n pengalaman berada dalam rumah terbabit seperti taman tema selain sangat bermotifka­n ‘hunky funky’.

Adakalanya rumah yang juga studio milik keduadua artis itu disamakan dengan beberapa seni bina ikonik seperti Menara Rodia’s Watts di Sepanyol Antonio Gaudi atau Isle Mujeres di Mexico.

Rumah itu asalnya kediaman tipikal era 1940an dibeli Cheri pada 1994. Kerja pengubahsu­aian bermula dengan studio kemudian bahagian bilik air dan lama-kelamaan merebak hingga ke luar rumah.

Projek itu turut menarik perhatian komuniti setempat apabila ada dalam kalangan penduduk menyumbang material seperti mangkuk, teko dan barangan rumah yang pecah serta rosak.

Tidak terkecuali, kanak-kanak turut datang membawa mainan lama mereka untuk ditanam dalam dinding atau diletakkan pada sudut tertentu.

Malah, tidak dinafikan sentuhan pasangan itu menampilka­n nilai estetika penuh dengan unsur bentuk organik dan permainan rona warna yang mampu mengundang tarikan visual selain dapat menyuntik ‘mood’ ceria.

Bagaimanap­un, Cheri sendiri melakukan kerja susun letak setiap hiasan termasuk arca dan ukiran pada permukaan jubin.

Bagi Gonzalo pula, rumah itu menjadi kebanggaan­nya apabila terdapat unsur seni dari negaranya yang dapat dikongsika­n menerusi pengalaman visual dari The Mozact Tile House.

 ??  ?? BAHAGIAN depan The
Mozact Tile House.
BAHAGIAN depan The Mozact Tile House.
 ??  ?? DINDING di belakang
rumah.
DINDING di belakang rumah.
 ??  ?? PAGAR juga tampil penuh seni.
PAGAR juga tampil penuh seni.
 ??  ?? RAK tersusun menempatka­n pinggan mangkuk.
RAK tersusun menempatka­n pinggan mangkuk.
 ??  ?? SETIAP sudut ditampal dengan pecahan kaca dan jubin lantai pecah.
SETIAP sudut ditampal dengan pecahan kaca dan jubin lantai pecah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia