Harian Metro

Bersih seperti masih baru

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Meskipun pengurusan jubin lebih

mudah berbanding

lantai kayu, kerja mencucinya tetap penting

Lantai antara bahagian rumah yang perlu dipastikan aspek kebersihan­nya kerana ia membabitka­n keselesaan penghuni. Bagi pemilik kediaman yang mempunyai anak masih kecil, tumpuan perlu diberikan bagi memastikan bahagian itu kekal bersih dan selamat untuk mereka.

Untuk kebanyakan rumah moden, lantai yang sering digunakan adalah jubin. Meskipun pengurusan jubin jauh lebih mudah berbanding lantai kayu, kerja mencuci masih tetap penting.

Apabila anda mengabaika­n penjagaan itu, ia secara tidak langsung menyebabka­n berlaku permukaan lantai tidak selesa dipijak dan ‘rupanya’ juga kusam serta berhabuk.

Oleh itu, kali ini beberapa tip dikongsi untuk anda cuba bagi memastikan lantai bersih serta kembali kilat seperti jubin baru.

Caranya, air perlu dimasak di dalam periuk besar hingga hampir mendidih dan kemudianny­a tuang ke dalam baldi.

Seterusnya, tuangkan cecair antiseptik tadi ke dalam baldi yang berisi air berkenaan. Mop lantai menggunaka­n campuran ini.

Campuran cuka dan air panas

Terlebih dulu anda perlu menyapu bersih ruang lantai untuk membuang habuk dan benda asing yang melekat. Kemudian letakkan air panas dalam baldi diikuti dengan cuka satu pertiga cawan. Mulakan aktiviti mop lantai dengan campuran cuka dan air panas itu.

Campuran lilin, minyak tanah dan air

Lilin yang dikikis dicampurka­n dengan minyak tanah sebanyak 10 mililiter dalam sebaldi air.

Kacau semua campuran itu supaya sebati dan mulakan kerja-kerja mengemop. Ia sesuai juga untuk permukaan kayu vinyl.

Penggunaan campuran soda, cuka atau lemon dalam air

Anda boleh menggunaka­n sukatan iaitu tiga sudu soda, suku cawan lemon dan setengah cawan cuka dalam sebaldi air.

Bancuh semua bahan ini dan mopkan lantai kediaman anda itu.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? CUKA boleh menjadi bahan pencuci lantai. LANTAI jubin perlu sentiasa dibersihka­n. BANCUHAN cuka dan air untuk mengemop lantai.
FOTO: CUKA boleh menjadi bahan pencuci lantai. LANTAI jubin perlu sentiasa dibersihka­n. BANCUHAN cuka dan air untuk mengemop lantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia