Harian Metro

Serlahkan ruang tamu

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Sofa yang menghiasi ruang tamu menjadi lokasi tumpuan baik buat penghuni mahupun tetamu. Malah anda juga pasti mengakui rekaan sofa praktikal dan mampu menambahka­n seri ruang seharusnya diberi keutamaan.

Menerusi Koleksi Silentnigh­t 2018 yang ditawarkan rangkaian gedung perabot dan peralatan elektrik tersohor, Courts Malaysia, anda tidak perlu resah mencari sofa yang mampu menyerlahk­an ruang tamu kediaman.

Koleksi berkenaan menawarkan lapan seleksi berbeza daripada rekaan klasik hingga kepada gaya kontempora­ri mengikut ciri kesukaan peminat perabot tempatan setara kualiti perabot import.

Menurut Pengarah Dagangan Courts Malaysia Steve Church, kolaborasi dengan pembuat alas berkualiti premium dari United Kingdom, Silentnigh­t dalam memastikan pembuatan sofa koleksi ini jauh lebih baik iaitu struktur bingkai, kaki dan kusyen lebih tahan.

“Kami teruja memperkena­lkan koleksi COURTS Silentnigh­t 2018 yang hanya boleh didapati di rangkaian gedung Courts dan sofa ini cukup istimewa kerana ia dihasilkan selepas meneliti kehendak dan keperluan peminat perabot tempatan.

“Pada masa sama kami turut menjalin kerjasama erat dengan kumpulan pereka Silentnigh­t bagi memastikan perincian pada koleksi ini dihasilkan mengikut maklum balas pelanggan. Setiap rekaan sofa ini juga mengambil kira gaya, fabrik dan tema warna bersesuaia­n dengan hiasan rumah serta iklim di Malaysia.

“Lebih istimewa pelanggan yang mahu mencari gaya sepadan dengan tema ruang tamu, boleh membuat tempahan khas dengan memilih jenis fabrik, reka bentuk, warna daripada 150 pilihan yang ada. Meskipun servis ini eksklusif disertakan dengan penggunaan material premium, harga ditawarkan buat pelanggan masih berpatutan tanpa berkomprom­i dengan kualiti hebat dari

Courts,” katanya yang turut memaklumka­n penghantar­an bagi perabot tempahan khas ialah 21 hari selepas pembelian di kedai.

Lapan pilihan ditawarkan antaranya ialah Victoria, Jemma, Adele, Sara, Salisbur, Metro, Grosvenor dan Rachel mempunyai tema dan tarikan tersendiri mengikut kecenderun­gan minat pelanggan tempatan.

Victoria dan Jemma sesuai buat peminat gaya moden klasik selain Adele, Salisbury serta Grosvenor sesuai buat kediaman keluarga kerana rekaannya memberi keutamaan selesa dan santai. Untuk pencinta perincian elegan tapi minimalis, Sara adalah pilihan tepat untuk ruang kediaman anda.

Kempen promosi pembelian Koleksi Silentnigh­t 2018 menawarkan diskaun hingga 35 peratus dari harga runcit yang dicadangka­n dalam tempoh terhad sah hingga 28 Mac ini di kedai Courts terpilih.

Pada masa sama pelanggan berpeluang menikmati jaminan lima tahun untuk rangka sofa dan satu tahun bagi kusyen termasuk kualiti jahitan. Layari www.courts.com.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? JEMMA mampu menonjolka­n ciri mewah menerusi rona moden klasik.
JEMMA mampu menonjolka­n ciri mewah menerusi rona moden klasik.
 ??  ?? REKA bentuk bergaya sofa Rachel.
REKA bentuk bergaya sofa Rachel.
 ??  ?? VICTORIA COURTS Silentnigh­t Malaysia 2018 pilihan buat pelanggan yang inginkan elemen klasik moden.
VICTORIA COURTS Silentnigh­t Malaysia 2018 pilihan buat pelanggan yang inginkan elemen klasik moden.
 ??  ?? SARA interpreta­si mewah daripada koleksi COURTS Silentnigh­t Malaysia 2018.
SARA interpreta­si mewah daripada koleksi COURTS Silentnigh­t Malaysia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia